Utusan Borneo (Sabah)

Menabung dengan bijak

-

KUALA LUMPUR: Menabung adalah suatu amalan yang sangat penting di dalam kehidupan manusia kerana ia mempunyai banyak kelebihan dan kebaikan.

Tujuan menabung pula adalah berbeza mengikut keperluan dan kehendak seseorang individu. Secara amnya, seseorang itu akan menabung sama ada untuk jangka masa pendek ataupun panjang bagi mendapatka­n sesuatu kehendak yang dihajati seperti membeli rumah, kereta dan sebagainya.

Kesedaran masyarakat tentang kepentinga­n menabung dilihat semakin meningkat apabila kebanyakan ahli masyarakat pada hari ini mula mencari strategi menabung secara kreatif dan menyeronok­kan.

Salah satu kaedah tabungan yang mendapat sambutan adalah tabungan “warna duit”, di mana seseorang individu secara konsisten akan menabung nilai duit yang sama bermula awal tahun sehingga akhir tahun. Dengan kata lain mereka akan menyimpan duit mengikut warna pilihan not wang kertas tersebut.

Sebagai contoh seseorang itu akan menyimpan wang yang berwarna hijau sahaja iaitu RM5 untuk sepanjang tahun itu. Tabungan ini tidak boleh diambil sehinggala­h mencapai sesuatu tempoh yang telah ditetapkan. Hasilnya, simpanan tabungan yang terkumpul akan memberikan suatu kepuasan kepada penyimpan kerana berjaya mengumpul sejumlah wang yang banyak mengikut warna pilihan.

Tabungan yang bijak adalah tabungan yang dipelbagai­kan dan tidak tertumpu kepada satu matlamat. Tabungan ini sebaiknya merangkumi tiga elemen iaitu simpanan, pelaburan dan perlindung­an. Tabungan yang mempunyai elemen perlindung­an yang terbaik adalah dilakukan melalui kaedah Takaful.

Perlindung­an Takaful adalah satu kaedah tabungan yang menjadi alternatif baru dalam menghadapi sebarang kemungkina­n, kemalangan atau musibah pada masa hadapan. Adalah menjadi keperluan dan keutamaan kepada setiap individu untuk menabung sebagai persediaan awal bagi menghadapi sebarang musibah dan perkara yang tidak diingini seperti kemalangan, kebakaran dan sebagainya, yang mungkin menyebabka­n berlaku kematian atau kerosakan harta benda.

Sistem tabungan Takaful adalah berlandask­an konsep tolong menolong dan saling menjamin. Sistem takaful ini secara asasnya diadaptasi­kan daripada sistem Khairat seperti yang dilakukan oleh badanbadan khairat surau atau masjid di seluruh negara.

Secara konsepnya, ia merujuk kepada satu kelompok individu telah bersetuju dan bersepakat sesama mereka untuk menyumbang (tabarru’) sejumlah wang tertentu kepada satu tabung yang akan digunakan untuk membantu mana-mana individu dalam kelompok tersebut yang ditimpa musibah.

Persepakat­an itu berasaskan kepada semangat tolong menolong dan bantumemba­ntu antara satu sama lain. Selain itu, Sistem Takaful juga berlandask­an nilai dan konsep yang sangat unggul khususnya nilai-nilai disebalik aplikasi aqad Tabarru.

Melalui aplikasi aqad tabarru’ ini, peserta Takaful saling bersetuju untuk saling jamin-menjamin di antara satu sama lain, di mana sebahagian daripada wang caruman mereka yang dikenal sebagai wang Tabarru’ (derma) akan diperuntuk­kan untuk membantu mana-mana peserta yang ditimpa musibah dan pengendali Takaful bertugas untuk mengendali­kan wang caruman itu dengan penuh amanah.

Konsep tabarru’ ini merujuk kepada pemberian tanpa mengharapk­an balasan. Ini bermaksud takaful menekankan soal saling bantu membantu antara satu sama lain yang ditimpa kesusahan tanpa mengira latarbelak­ang penerima.

Hakikatnya, takaful adalah salah satu medium “dua dalam satu” yang memberikan kebaikan kepada diri iaitu sebagai medium tabungan apabila ditimpa musibah dan juga pada masa yang sama dapat membantu peserta lain yang ditimpa musibah.

Sebagai inovasi bagi memenuhi kehendak masyarakat, pelan-pelan perlindung­an Takaful telah dipelbagai­kan bersesuaia­n dengan perkembang­an semasa, ada yang menggabung­kan pelan perlindung­an ini dengan elemen pelaburan, simpanan pendidikan dan kesihatan agar kebaikanny­a nanti turut dapat bakal dinikmati oleh peserta dan juga ahli keluarga mereka.

Kesimpulan­nya, Takaful adalah salah satu medium kepada masyarakat untuk melakukan tabungan secara bijak di mana para peserta akan melakukan simpanan sekaligus membuat persediaan kewangan untuk memenuhi keperluan mereka pada masa akan datang.

Sekiranya seseorang individu itu peka dengan keperluan dan kehendak semasa, mereka akan merancang kewangan dan perbelanja­an dengan bijak malah tidak akan bertangguh-tangguh lagi untuk mendapatka­n pelan perlindung­an takaful demi kepentinga­n diri dan keluarga.

Bersesuaia­n dengan kemunculan tahun baru ini, jadikanlah strategi menabung bersama Takaful sebagai azam pertama yang perlu direalisas­ikan pada tahun 2018 ini.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia