Utusan Borneo (Sabah)

Wanita warga asing dipenjara tujuh bulan

Atas kesalahan guna endors palsu

- Oleh CLARICE USOP

KOTA KINABALU: Seorang wanita warga asing dikenakan penjara tujuh bulan, oleh Mahkamah Sesyen di sini, atas kesalahan menggunaka­n pengesahan palsu.

Hakim Azreena Aziz menjatuhka­n hukuman itu terhadap Nasraa Ibba, 27, selepas mengaku bersalah mengikut Seksyen 56 (1) (aa) Akta Imigresen 1959/63.

Tertuduh didapati melakukan kesalahan itu pada 4 November tahun lalu jam 6.32 pagi, di balai berlepas domestik Lapangan Terbang Antarabang­sa Kota Kinabalu (LTAKK), di sini.

Hukuman yang diperuntuk­kan, denda maksimum RM10,000 atau penjara selama tempoh lima tahun.

Semasa rayuan, Nasraa yang tidak diwakili peguam memohon hukumannya diringanka­n, kerana mempunyai tiga anak.

Pegawai Pendakwa Ham i sah Hj Puteh meminta hukuman setimpal dikenakan terhadap tertuduh.

Dalam kes berasingan, seorang lelaki tempatan dikenakan denda RM10,000 atau penjara empat bulan kerana mengupah seorang migran haram.

Hukuman itu dijatuhkan terhadap Chong Kok Ming, 36, selepas menukar pengakuann­ya kepada bersalah mengikut Seksyen 55B Akta Imigresen 1959/63 (Pindaan 2002).

Jika sabit kesalahan, denda minimum RM10,000 dan maksimum RM50,000 atau penjara selama 12 bulan, atau dengan kedua-duanya sekali.

Tertuduh didapati mengupah seorang wanita warga asing yang tidak memiliki pas yang sah, pada 8 September tahun lalu di sebuah premis, daerah Sipitang.

Chong mula didakwa pada 28 November tahun lalu, mengaku tidak bersalah atas pertuduhan berkenaan.

Pada Rabu untuk semakan waran tangkap terhadap tertuduh yang dikeluarka­n pada 10 Januari, tertuduh menyatakan gagal hadir pada hari berkenaan kerana isterinya sakit.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia