Utusan Borneo (Sabah)

‘Skuad Chenta’ cabar Nana Mahazan & Angah Raja Lawak sebagai ejen erat kekeluarga­an di TV1

-

HUBUNGAN kekeluarga­an begitu penting sekali kerana tanpa keluarga siapalah kita. Dalam keadaan teknologi yang semakin canggih, jarang sekali kita dapat melihat satu keluarga memanfaatk­an masa bersama-sama.

Bertemakan pengukuhan hubungan kasih sa-yang sesama keluarga, Radio Televisyen Malaysia (RTM) menyiarkan program bertajuk ‘Skuad Chenta’ yang telah pun bersiaran sejak 27 Jan.

Menampilka­n gandingan mantap Nana Mahazan dan Angah Raja Lawak dalam program 13 episod yang menemui penonton setiap Sabtu, jam 12.30 tengah hari di TV1, mereka ditugaskan untuk meringanka­n beban yang ditanggung oleh individu atau pasangan terpilih.

Mereka meluangkan masa bertemu dengan individu yang memerlukan bantuan untuk meringanka­n beban dalam tempoh tertentu.

Mereka juga akan bertindak mengambil alih tugasan individu tersebut manakala individu itu akan meluangkan masanya sendiri yang berkualiti untuk tujuan meringanka­n tekanan.

‘Skuad Chenta’ menonjolka­n Angah dan Nana misi dalam sebuah kumpulan ‘elit’ dinamakan sebagai Skuad Chenta dan mereka digelar Ejen Angah dan Ejen Nana.

Antara tugasan mencabar mereka bertemu dengan Mohd Azizi yang merupakan seorang bapa tunggal yang telah kematian isterinya.

Beliau mempunyai jadual yang padat yang mana di samping bekerja, beliau juga perlu menguruska­n empat orang anaknya yang masih kecil.

Jadual beliau bermula dari pagi sehinggala­h sampai ke waktu malam untuk menidurkan anak-anaknya. Ini termasukla­h mengulang kaji pelajaran mereka serta mengajar mengaji Al-Quran.

Ejen Angah membawa Azizi untuk sesi rawatan urutan terapi di sebuah pusat terapi lelaki.

Ejen Nana pula bertindak menjaga empat orang anakanak tersebut dan mengajar mereka cara menghasilk­an layang-layang dan bermain di taman.

Setelah selesai, Azizi berasa gembira dan ber-puas hati dengan rawatan terapi tersebut yang membantu mengurangk­an tekanan beliau.

Menerusi episod seterusnya Ejen Angah dan Ejen Nana perlu membantu satu pasangan yang menghadapi masalah kekangan masa untuk bersama.

Mereka ialah pasangan suami isteri, Ahmad Shahyir yang bekerja sebagai pelayan restoran pada waktu malam dan isterinya, Ain Filzah, pegawai pemasaran yang bekerja pada waktu siang. Mereka jarang dapat menghabisk­an masa bersama kerana bekerja dalam berlainan syif.

Ejen Nana menemukan mereka berdua di sebuah studio tarian dan situasi ini mengejutka­n mereka apabila melihat masing-masing berada di studio tarian tersebut. Ejen Angah pula berkorban dengan mengambil alih tugasan Shahyir sebagai pelayan di restoran.

Seorang guru tarian mengajar pasangan tersebut untuk menari tarian ‘salsa’ dan mereka menghabisk­an masa bersama selama beberapa jam mempelajar­i tarian tersebut sebelum membuat persembaha­n. Mereka akhirnya berasa puas dengan masa yang dimanfaatk­an bersama.

 ??  ?? NANA dan Angah selaku hos program bersama produksi terlibat.
NANA dan Angah selaku hos program bersama produksi terlibat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia