Utusan Borneo (Sabah)

Sri Padang bertanggun­gjawab bersihkan kawasan Pulau Mantanani

- PEKERJA memungut sampah di sekitar pulau.

KOTA BELUD: Syarikat tempatan, Sri Padang Enterprise telah diberi tanggungja­wab oleh Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara untuk membersihk­an sekitar kawasan Pulau Mantanani.

Pengurusny­a Mohamad Fadli Hj Sabdli berkata, tugas utama kerja pembersiha­n itu adalah mengasingk­an bahan sisa pepejal dan kitar semula.

Menurutnya rutin pembersiha­n sepanjang hari dikendalik­an oleh seramai 15 pekerja. Mereka turut menghantar sampah keluar dari pulau ke tempat pelupusan di Kayu Madang, Kota Kinabalu.

“Kerja pembersiha­n ini memang mencabar kerana bukan sahaja kami membersihk­an pantai sejauh 4 kilometer, kami turut membersihk­an pokok-pokok yang tumbang disebabkan taufan dan angin kencang yang seringkali berlaku,” jelasnya.

Syarikatny­a turut menyediaka­n tong-tong sampah di dua kampung dan di pusat peranginan yang kemudianny­a dipungut lalu dibawa ke satu kawasan khas pengumpula­n untuk kitar semula.

“Banyak faktor yang boleh menyebabka­n sampah dari laut dan kayu terkumpul di pantai disebabkan oleh angin kencang dan ombak. Justeru, pekerja sentiasa diingatkan untuk segera ambil tindakan.

“Tanggungja­wab kami mengikut prosedur operasi standard (SOP) namun atas rasa tanggungja­wab, syarikat turut membuat kerja di luar bidang kami bagi memastikan kebersihan pulau terjaga,” katanya.

Sehubungan itu kata Fadli, syarikatny­a sentiasa memberi kerjasama dan menyokong mana-mana pihak untuk memberi program kesedaran kepada komuniti mengenai kebersihan sebagai tanggungja­wab bersama.

Katanya kesedaran komuniti makin bertambah baik apabila pulau itu seringkali dikunjungi oleh para pelancong.

Setiap hari tambahnya, ramai para pelancong warga asing berkunjung ke pulau itu yang dikendalik­an oleh 14 pusat pelanconga­n, termasukla­h pengusaha inap desa.

 ??  ?? PENGURUSAN pembersiha­n di sekitar pulau.
PENGURUSAN pembersiha­n di sekitar pulau.
 ?? (atas) ?? ANTARA kerja pembersiha­n yang dijalankan.
(atas) ANTARA kerja pembersiha­n yang dijalankan.
 ??  ?? PEKERJA mengumpulk­an batang kayu yang terdampar di pantai.
PEKERJA mengumpulk­an batang kayu yang terdampar di pantai.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia