Utusan Borneo (Sabah)

Jalin kerjasama pintar dengan pihak luar

Bagi capai matlamat jayakan proses pembelajar­an di sekolah

- Oleh NORWAHIDA YAMALUDDIN

TUNGKU: Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah perlu menjalinka­n kerjasama bijak dengan pihak luar bagi mencapai matlamat menjayakan proses pembelajar­an di sekolah.

Ketua Umno Bahagian Silam Datuk Mohd Yusof Apdal berkata agensi kerajaan dan swasta, pertubuhan bukan kerajaan serta pemimpin perlu dilibatkan bagi mengukuhka­n usaha dan peranan PIBG mencapai matlamat itu.

Menurutnya, jawatankua­sa yang dibentuk di sekolah juga perlu menyingkir pelbagai tohmahan luar mengatakan kerajaan bersikap tidak adil dalam membantu peranan PIBG.

“Ada pihak menganggap usaha pemimpin mendekati PIBG sekolah sebagai usaha meraih sokongan politik, ingin mengambil kesempatan.

“Hakikatnya, pemimpin mendekati PIBG dan sekolah untuk melaksanak­an tanggungja­wab yang diamanahka­n kerajaan di setiap kawasan,” katanya.

Beliau yang juga Adun Lahad Datu berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Penutupan Sambutan Hari Keluarga PIBG Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Balacon, di sini pada Rabu.

Menurut beliau, selaku pemimpin adalah menjadi tanggungja­wabnya memastikan sistem pembelajar­an di sekolah berjalan dengan baik bagi

YUSOF menyerahka­n replika cek sumbangan untuk PIBG kepada Syed Idrus. “Ada pihak menganggap usaha pemimpin mendekati PIBG sekolah sebagai usaha meraih sokongan politik, ingin mengambil kesempatan. Hakikatnya, pemimpin mendekati PIBG dan sekolah untuk melaksanak­an tanggungja­wab yang diamanahka­n kerajaan di setiap kawasan.” DATUK MOHD YUSOF APDAL Ketua Umno Bahagian Silam

merealisas­ikan hasrat Transforma­si Pendidikan Negara.

Katanya, kerajaan sentiasa memberi keutamaan kepada pembanguna­n pendidikan dengan mengagihka­n peruntukan ke seluruh negara.

“Menjayakan keperluan pendidikan di sekolah umpama pelaburan masa depan kerana kejayaan murid-murid ini merupakan cerminan kejayaan kepimpinan,” katanya.

Pada majlis itu, Yusof menyempurn­akan penyampaia­n hadiah kepada para pemenang beberapa acara yang dipertandi­ngkan.

Beliau turut menyampaik­an sumbangan RM11,000 bagi kegunaan PIBG sekolah itu melaksanak­an aktvitinya.

Turut hadir, Yang Dipertua PIBG Syed Idrus Habib Hassan, Guru Besar Zamaliah Abdul Karim, Ketua Bahagian MCA Silam Datuk Teah HK, Ketua Bahagian MIC Silam Datuk Nagaraju Applasamy dan Ketua Wanita Umno Bahagian Silam Mizma Appehdulla­h.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? SEBAHAGIAN tetamu jemputan pada majlis itu.
SEBAHAGIAN tetamu jemputan pada majlis itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia