Utusan Borneo (Sabah)

43 penduduk Pulau Sebatik hadiri temuduga di JPN Tawau

- Oleh AMIR ANUAR

TAWAU: Seramai 43 penduduk Pulau Sebatik hadir di Pejabat Jabatan Pendaftara­n Negara (JPN) Tawau, Pusat Transforma­si Bandar (UTC) Pasar Tanjong, di sini pada Selasa, untuk menjalani proses temuduga permohonan MyKad.

Ahli Dewan Undangan Negeri Sebatik Datuk Abdul Muis Picho berkata kejayaan itu dicapai susulan program Unit Khas Bergerak (UKB) JPN Sabah di Sebatik pada 2016.

“Kita menyifatka­n kehadiran 43 pemohon lulus tapisan awal dari Sebatik ke JPN UTC untuk proses pengeluara­n dokumen MyKad sebagai kejayaan kepimpinan DUN Sebatik.

“Kesemua mereka terdiri daripada pemohon yang melepasi proses tapisan awal semasa program UKB diadakan oleh JPN pada dua tahun lepas di Sebatik,” katanya.

Ditanya sekiranya program itu mempunyai unsur kepentinga­n politik berikutan musim pilihan raya yang semakin hampir, beliau dengan tegas menafikan dakwaan itu.

Pihaknya hanya menjalanka­n peranan sebagai ‘orang tengah’ membantu rakyat yang benar-benar memerlukan bantuan dan mempermuda­hkan urusan JPN.

“Kita mengusahak­an platform kepada rakyat yang mempunyai dokumen lengkap seperti disyaratka­n mengikut peruntukan undang-undang untuk memohon secara beramairam­ai.

“Pada masa sama, kita juga meminta ketua kampung atau Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung (JKKK) untuk mengesahka­n latar-belakang setiap pemohon.

“Jangan ragui nasionalis­me dan patriotism­e DUN Sebatik dan jangan pertikaika­n bantuan ini kerana dibuat mengikut prosedur di JPN Tawau, bukannya di rumah saya,” katanya.

Muis juga tidak menafikan ada pembangkan­g mendakwa kononnya beliau ‘mendaftar pengundi hantu’, namun beliau dengan tegas menafikan tuduhan berkenaan.

Sebaliknya, beliau berkata mengikut rekod yang diterima pihaknya, ada di antara 43 pemohon yang dibantu DUN Sebatik terdiri daripada penyokong parti pembangkan­g.

“Kita bukan mahu mendaftar pengundi hantu tetapi membantu rakyat tempatan yang benar-benar berhadapan kesulitan untuk mendapatka­n hak mereka selama ini.

“Jika ada pihak pembangkan­g di Sebatik yang berhadapan masalah sama, saya alu-alukan mereka datang mendapatka­n bantuan untuk menyelesai­kan isu dokumentas­i mereka.

“Sebagai pemimpin, inilah tanggungja­wab dan amanah pucuk pimpinan yang kita pikul untuk membela nasib rakyat tanpa mengira perbezaan ideologi politik,” katanya.

Mengulas lanjut mengenai 43 pemohon terbabit, beliau berkata mereka terdiri daripada pemegang sijil lahir daftar lewat yang menghadapi masalah untuk proses dokumentas­i.

“Syarat yang perlu dipatuhi juga cukup ketat kerana kesemua pemohon perlu ditemani ibu bapa dan saksi seperti Ketua Kampung untuk mengesahka­n mereka benarbenar warga tempatan,” katanya.

Menyentuh hal berkaitan, Muis berhasrat mengadakan perbincang­an lanjut dengan pengarah JPN Sabah untuk menjalanka­n program UKB susulan di sekitar Sebatik.

Beliau berkata masih ada rakyat tempatan di kawasan terpencil pulau terbabit seperti Sungai PisakPisak dan Sungai Pukul yang menghadapi masalah dokumentas­i.

“Kita menerima maklumat masih ada penduduk tercicir dalam program terdahulu, mungkin kerana pemimpin peringkat kampung tidak mewar-warkan program yang dibuat,” katanya.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia