Utusan Borneo (Sabah)

Pengalaman setibanya di Toli-Toli

Catatan Perjalanan menjejaki jalur pelayaran Nusantara di zaman bahari

-

SAYA tidak menyangka ada upacara sambutan. Pak Jabir meminta kami agar bersedia setengah jam lebih awal. Beliau sudah menelefon kapten kapal memastikan kami dapat turun lebih dahulu.

Tiba jam 12 malam kami sudah berada di Pintu Tingkat Lima. Kami fikir kapal tiba jam 12.30 tetapi ternyata setelah melihat informasi itu, kapal itu akan tiba kira-kira jam 1.30 pagi. Masih banyak waktu lagi. Terlalu awal kami keluar. Akhirnya kami duduk saja di tangga di depan kaunter informasi. Bila penjual keliling itu datang menawarkan kopi dan sebagainya, saya memesan mee sedap.

Kalau balik ke kabin, saya takut kami tertidur lelap. Di luar, pantai terasa masih jauh lagi di tengah kegelapan itu. Ombak pula tidak lagi seramah tadi. Tengah malam itu ia kelihatan agak galak. Tidak lama kemudian ada pengumuman dari kapal agar kami ‘tamu bupati ToliToli” melapor ke kaunter informasi.

Kami tiba kira-kira jam 1.30 pagi. Saya menuruni tangga terlebih dahulu untuk mengambil gambar. Kelihatan pemimpin-pemimpin Toli-Toli bersedia memyambut kedatangan kami. OKK Haji Masrin Haji Hassin, selaku ketua rombongan dikalungka­n bunga cengkih.

Penumpang-penumpang kapal melihat acara sambutan itu dan mungkin bertanya tanya siapa gerangan yang disambut itu.

Kami sendiri tidak menyangka diberi sambutan serupa itu. Antara yang hadir ialah Wakil Bupati Toli-Toli, H Abd Rahman S Budding, Ketua Dewan Adat Drs H Ibrahim Suadah, Asisten Bidang Pemerintah­an, Dr Ajamain Laterey, Asisten Administra­si Umum, H Abdillah H Gaffar, Kepala Dinas Pariwisata,Moh Naser Daeng Marumu, Kepala Balitbang,

Dr Igusti Lannang Arimbawa, Wakapolres Tolitoli, Kepala Pelni Toli-Toli, Anggota DPRD Toli-Toli, Nurdin Najamuddin, Kepala Dinas Perhubunga­n Ir

Fajar Sukosyuhad­a.

Kemudian ada persembaha­n tarian dan pukulan gong dan kulintanga­n.

Selepas itu kami dibawa ke penginapan, yang kemudian kami ketahui sebagai Kediaman Bupati Toli-Toli. Kerana ramai yang menyambut kami, jadilah seperti konvoi, dengan didahului kereta polis. Mereka ikut menghantar kami sampai ke penginapan, ramah tamah sebentar, kemudian dijamu makan sebelum masuk ke kamar yang disediakan.

Kami terbangun selepas mendengar muazin melaungkan azan. Masjid terasa dekat tetapi kerana kami tidak tahu letak atau jaraknya, kami menunaikan solat Subuh di kamar sahaja.

Jumlah penduduk ToliToli adalah seramai 211,283 orang terdiri dari beberapa suku iaitu Toli-Toli, Dondo, Bugis Makassar dan Boul. Majoriti pendudukny­a beragama Islam. Luas Toli-Toli adalah 4,097,77 km persegi.

Kabupaten Toli-Toli memiliki 43 pulau dengan panjang garis pantai 453.8 kilometer terdiri dari 10 wilayah kecamatan terbahagi kepada 94 wilayah pedesaan dan 6 wilayah kelurahan.

Kira-kira jam 9.00 pagi selepas menikmati sarapan, kami dijemput memasuki dewan, yang kebetulan terletak di sebelah penginapan kami.

Acara dimulakan dengan penganuger­ahan “Mabalai Tau Dako Kadakoan Adat Lipu Totolri atau Sesepuh Pemangku Adat Toli Toli, kepada OKK Haji Masrin

OKK Haji Masrin menyampaik­an cenderamat­a berupa buku Etnik Iranun kepada Drs H Ibrahim Saudah.

Haji Hassin oleh Tau Makaasa Dei Kadakoan Limpungan Adat Tao Totolri, Ketua Dewan Adat di Lingkungan Kedatuan Masyarakat ToliToli, Drs H Ibrahim Saudah, MBA, PhD.

Beliau diangkat sebagai warga kehormat Toli-Toli dengan penuh istiadat dalam bahasa Toli-Toli, dimuliakan dan digelar Datu. Dalam istiadat penganuger­ahan itu, mereka memohon doa pada Tuhan yang Maha Esa mudah-mudahan semua diberi panjang umur, hidup bahagia, banyak rezeki dan memperoleh­i rahmat kebaikan untuk semua .

Ia sesungguhn­ya satu kejutan bagi kami. Tetapi mendapat penghormat­an yang sebegitu tinggi oleh Majlis Adat Toli-Toli memang amat mengujakan.

Turit hadir dalam majlis itu ialah Sekretaris Daerah, Mukaddis Syamsuddin Letkol Kav Anker Widianto, Dandim 1305/Boul ToliToli,Letkol Laut (P), Henry Ballo, Komandan Angkatan laut Toli-Toli Boul dan kenamaan lain.

Selepas itu, majlis diteruskan dengan ucapan oleh Kepala Dinas Pariwisata, Moh Naser Daeng Marumu yang mengalu-alukan ketibaan rombongan BKI ke Toli-Toli. Selepas itu, ucapan disampaika­n oleh Wakil Bupati, H Abd Rahman S Budding. Dalam ucapannya, beliau berkata, kunjungan budaya itu mampu membantu menjalin dan mengeratka­n lagi hubungan antara rakyat di Sabah Malaysia dan Toli Toli Sulawesi Tengah.

Katanya, Toli-Toli mengharapk­an lebih banyak lagi kunjungan pelancong ke daerah itu yang mempunyai banyak tempat wisata atau pelanconga­n yang menarik.

Haji Masrin menerima Anugerah Sesepuh Pemangku Adat Toli-Toli.

Antara tempat menarik di Toli-Toli ialah Pulau Pandan, , Pantai Sabang Tende,, Tanjung Matop iaitu tempat bertelur burung maleo yang mempunyai saiz telur yang besar. Sebiji telur burung Maleo kira-kira 10 x telur ayam. Pelancong juga boleh berkunjung ke Air Terjun Malangga, Desa Wisata Malangga dimana mereka boleh menyasikan perkebunan koko, hutan tropika, pembuatan gula merah dan sebagainya. Tempat lain adalah seperti Tanjung Sanjangan,Pulau Lingayan, pulau Dolangan, Pulau Salando, Pulau Kapas, dan sebagainya.

Sementara itu, OKK Haji Masrin Haji Hassin, Yang Di Pertua Persatuan Bahasa dan Kebudayaan Iranun (BKI) merangkap Ketua Daerah Kota Belud dalam ucapannya memberitah­u mengenai tujuan kunjungan itu iaitu menelusuri jalur pelayaran Nusantara di zaman bahari. Beliau berkata terdapat hubungan sejarah yang intens antara Tempasuk (Kota Belud) dengan Toli-Toli pada abad ke-18 dan ke 19.

Beliau berharap kunjungan dan penelitian sejarah yang dilakukan mampu mengeratka­n hubungan budaya antara Sabah dan Toli-Toli . dan mendorong lebih banyak kunjungan dari Malaysia, Filipina dan Brunei ke Toli -Toli khususnya mereka yang memiliki talian sejarah dengan Toli-Toli pada masa lampau.

Hadirin dihiburkan dengan tarian kesenian rakyat Tolitoli, Lagu-lagu dalam bahasa Toli-toli dan sebagainya sebelum majlis jamuan makan tengahari.

Selepas itu, kami memulakan perjalanan ke Pulau Pandan, yang terletak kirakira dua jam di selan Kota Toli-Toli. Selain jambatan terpanjang di Toli-Toli sepanjang kira-kira 300 meter, desa itu juga terkenal sebagai tempat konservars­i terumbu karang Desa Sambujang. Namun ada hal yang lebih menarik dari itu.

 ??  ?? PENULIS bersama Ketua Majlis Adat Toli Toli, Drs H Ibrahim Saudah.
Haji Masrin (empat dari kiri), H Abdul Rahman (lima dari kiri) Drs Ibrahim Saudah (enam dari kiri). Let Kol Henry Ballo (tiga dari kanan), Letkol Kav Anker (tigari dari kiri) dalam...
PENULIS bersama Ketua Majlis Adat Toli Toli, Drs H Ibrahim Saudah. Haji Masrin (empat dari kiri), H Abdul Rahman (lima dari kiri) Drs Ibrahim Saudah (enam dari kiri). Let Kol Henry Ballo (tiga dari kanan), Letkol Kav Anker (tigari dari kiri) dalam...
 ??  ?? OKK
OKK
 ??  ??
 ??  ?? OKK
OKK
 ??  ??
 ??  ?? ROMBONGAN BKI disambut tiba di Pelabuhan Toli-Toli sebaik turun dari KM Bukit Siguntang.
ROMBONGAN BKI disambut tiba di Pelabuhan Toli-Toli sebaik turun dari KM Bukit Siguntang.
 ??  ?? ANTARA hadirin pada majlis Ramah Tamah di Kabupaten Toli-Toli.
ANTARA hadirin pada majlis Ramah Tamah di Kabupaten Toli-Toli.
 ??  ?? OKK Haji Masrin bersama penari kesenian dan ahli Majlis Adat Toli-Toli.
OKK Haji Masrin bersama penari kesenian dan ahli Majlis Adat Toli-Toli.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia