Utusan Borneo (Sabah)

BN prihatin permasalah­an rakyat

Pemimpinny­a begitu komited membela nasib, masa depan rakyat

- Oleh JOHAN AZIZ

KENINGAU: Ketua Pemuda Umno Keningau Nik Nazri Nik Zawawi memberi jaminan bahawa kerajaan Barisan Nasional (BN) amat prihatin terhadap permasalah­an yang dihadapi oleh rakyat di kawasan luar bandar.

“Saya percaya setiap permasalah­an yang dihadapi oleh rakyat akan ditangani dengan sebaik-baiknya melalui program turun padang oleh pemimpin,” katanya pada program santai dan penyerahan bantuan kepada penduduk Kampung Luagan Baru, di sini.

Katanya, para pemimpin BN juga, terutama Umno, begitu komited untuk membela nasib dan masa depan rakyat di negeri ini, khususnya mereka yang berada di luar bandar.

Beliau berkata, bahawa program santai yang dijalankan oleh Pemuda Umno Keningau di beberapa kampung di kawasan Liawan di sini adalah bertujuan mengetahui permasalah­an yang dihadapi oleh penduduk kampung berkenaan.

Katanya, program seumpama itu adalah selaras dengan pemimpin turun padang untuk menyelami dan mendengar permasalah­an yang dihadapi oleh rakyat di peringkat akar umbi.

“Setiap permasalah­an yang dihadapi oleh masyarakat kampung, sekiranya ia melibatkan kepada kerajaan, maka masalah itu akan dikemukaka­n kepada jabatan berkenaan agar dapat diselesaik­an,” katanya.

Pada masa yang sama juga, Nik Nazri memberitah­u dasar turun padang para pemimpin BN terutama sekali Umno bukanlah bermusim tetapi ia dilakukan

“Setiap permasalah­an yang dihadapi oleh masyarakat kampung, sekiranya ia melibatkan kepada kerajaan, maka masalah itu akan dikemukaka­n kepada jabatan ” berkenaan agar dapat diselesaik­an.

NIK NAZRI NIK ZAWAWI Ketua Pemuda Umno Keningau

setiap masa.

Katanya, ia bertujuan memastikan agar kesejahter­aan dan kebajikan hidup rakyat di kampungkam­pung terus mendapat pembelaan dan perhatian daripada kerajaan BN.

“Bagi saya, program santai ini lebih mudah kerana rakyat secara terus dapat mengemukak­an permasalah­anmerekake­pada kami dan jika memerlukan penyelesai­an daripada kerajaan, kami akan merujuk masalah itu kepada jabatan kerajaan yang berkenaan,” katanya.

Beliau juga meminta agar penduduk kampung itu dapat memberikan sokongan kepada setiap program kerajaan dan terus memastikan agar kawasan Liawan terus kekal bersama BN pada pilihan raya umum akan datang.

Turut hadir, Pengerusi Pelaksana Ali Yadam, Ketua Kampung John Lausang, Pengerusi JKKK Sahilin Lausang, Ketua Cawangan Umno Kg Luagan Baru Juanis dan penduduk kampung.

 ??  ?? NIK Nazri menyerahka­n bantuan kepada seorang warga emas.
NIK Nazri menyerahka­n bantuan kepada seorang warga emas.
 ??  ?? PENDUDUK kampung bergambar bersama Nik Nazri selepas program itu.
PENDUDUK kampung bergambar bersama Nik Nazri selepas program itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia