Utusan Borneo (Sabah)

Rozman ketuai rombongan BN ziarah kaum Tionghua

-

LABUAN: Ahli Parlimen Labuan Datuk Rozman Isli mengetuai rombongan Barisan Nasional (BN) mengadakan program ziarah sambil menghulurk­an sumbangan kepada masyarakat Tionghua, khususnya golongan warga emas, orang kurang upaya (OKU) dan kurang berkemampu­an.

Beliau yang juga bakal calon bagi kawasan P166 Labuan pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) bersama rombongan BN menyerahka­n sumbangan itu di sekitar pulau bebas cukai ini pada Selasa.

Program itu diadakan sempena Sambutan Tahun Baharu Cina anjuran MCA dan Gerakan Labuan.

Antara pemimpin yang mengiringi Rozman ialah Ahli Dewan Negara Senator Datuk Bashir Alias, Ketua Bahagian MIC Datuk Ramasamy Rengasamy, Ketua PBS Datuk Peter Mak, Ketua Gerakan Datuk Oi Thiam Beng dan Ketua Upko Datuk Ronald James.

Selain itu, Ketua Wanita Umno Datuk Aini Safar, Ketua Puteri Umno Nur Erney Jamil, Pengerusi Majlis Perwakilan Penduduk (MPP) dan kepimpinan parti komponen BN yang diterajui Umno Bahagian Labuan.

Rozman berharap sumbangan itu dapat meringanka­n beban mereka yang kurang berkemampu­an sekaligus memeriahka­n sambutan Tahun Baharu Cina pada kali ini.

“Amalan ziarah sempena Tahun Baharu Cina telah BN lakukan sejak sekian lama bukannya pada musim pilihan raya sahaja. Saya berharap masyarakat Tionghua dapat meraikan perayaan itu dengan penuh meriah bersama keluarga tersayang dan rakan-rakan yang lain,” katanya.

 ??  ?? ROZMAN (dua kiri) menyerahka­n sumbangan kepada kaum Tionghua sempena Tahun Baharu Cina. Turut kelihatan, Oi (tiga kanan), Ramasamy (tiga kiri) dan Ronald (empat kanan).
ROZMAN (dua kiri) menyerahka­n sumbangan kepada kaum Tionghua sempena Tahun Baharu Cina. Turut kelihatan, Oi (tiga kanan), Ramasamy (tiga kiri) dan Ronald (empat kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia