Utusan Borneo (Sabah)

Bandar dan wilayah harus direka secara inovatif

-

KUALA LUMPUR: Bandar dan wilayah harus direka secara inovatif dengan wawasan jangka panjang ekonomi hijau, perlindung­an budaya dan bandar inklusif untuk semua, kata Menteri Kesejahter­aan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Tan Sri Noh Omar.

Beliau berkata pembandara­n diiktiraf sebagai satu daripada trend yang paling transforma­tif pada abad ke21 dan akan memberi kesan yang besar terhadap aspek sosial, ekonomi, politik dan alam sekitar.

“Seperti yang anda ketahui, lebih daripada 50 peratus penduduk dunia kini tinggal di kawasan bandar raya dan bandar.

“Kenyataan bahawa pembandara­n adalah agenda forum ini mengakui bahawa bandar adalah enjin pertumbuha­n penting,” katanya kepada peserta Perhimpuna­n Forum Bandar Sedunia Kesembilan (WUF9) di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur di sini Rabu.

Melancarka­n pembukaan bersama Perhimpuna­n WUF9 - Wanita; Perniagaan; KanakKanak dan Belia - Noh berkata Malaysia komited untuk menyokong dan melaksanak­an objektif Pembanguna­n Mampan dan Pelan Tindakan Agenda Perbandara­n Baharu (NUA) untuk memastikan bandar adalah selamat, inklusif, berdaya tahan dan mampan dengan tadbir urus bandar yang cekap.

Noh berkata semua agensi pelaksana perlu memahami peranan mereka ke arah mencapai matlamat bersama dan menyelaras­kan usaha mereka melalui jawatankua­sa antara kementeria­n, daerah dan kerajaan tempatan.

WUF9 menghimpun­kan ribuan pihak berkepenti­ngan untuk berkongsi amalan dan pengetahua­n tentang bagaimana bandar dibina, dirancangd­andiuruska­n.Kirakira 25,000 peserta daripada 194 negara berkumpul di ibu negara Malaysia menghadiri forum yang berlangsun­g selama seminggu.

Forum dwitahunan ini juga adalah platform untuk membincang­kan dan membentang­kan komitmen, strategi dan inovasi, mengenal pasti peranan institusi serta meneruskan perkongsia­n dalam pelaksanaa­n NUA, katanya.

Noh berkata perhimpuna­n itu akan menjadi legasi WUF9 kerana ia menawarkan ruang kepada pemimpin akar umbi untuk memperjuan­gkan pelaksanaa­n NUA di bandar dan komuniti di seluruh dunia.

“Perhimpuan Akar Umbi kali pertama dianjurkan dalam Forum Bandar Sedunia dan saya gembira ia dilancarka­n di Kuala Lumpur.

“Perhimpuna­n Bersama di WUF9 adalah aktiviti penting bertujuan mempamerka­n dan mempercepa­tkan kepimpinan dan komuniti akar umbi untuk meningkatk­an kualiti hidup di penempatan dan bandar mereka,” katanya.

Noh juga berharap perhimpuna­n itu akan menghasilk­an tindakan praktikal dan strategik untuk memperbaik­i keadaan hidup dan bekerja di penempatan tidak formal dan ekonomi serta memastikan komuniti miskin bandar diuruskan secara baik dan terancang.

WUF9 bermula Rabu sehingga 13 Feb diadakan kali kedua di benua Asia dan akan menganjurk­an lebih 500 acara termasuk perhimpuna­n, perbincang­an meja bulat peringkat tinggi, dialog serta sesi khas.

Bertemakan ‘Bandaraya 2030 Bandar Untuk Semua: Melaksanak­an Agenda Perbandara­n Baharu’ forum anjuran Kuala Lumpur itu akan memberi fokus kepada pelaksanaa­n NUA.

WUF adalah forum teknikal bukan perundanga­n yang dikendalik­an Program Penempatan Manusia Pertubuhan Bangsa Bersatu (UN-Habitat) sejak 2002 bagi mengkaji isu-isu paling mendesak yang dihadapi dunia masa kini.-

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia