Utusan Borneo (Sabah)

30 PDM Silam perlu kerja keras

Bagi menjamin kemenangan BN pada PRU-14

- Oleh NORWAHIDA YAMALUDDIN

TUNGKU: Sebanyak 30 Pusat Daerah Mengundi (PDM) di bahagian Silam perlu terus bekerja keras bagi menjamin kemenangan Barisan Nasional (BN) pada Pilihanray­a Umum Ke-14 (PRU-14).

Ketua Umno Bahagian Silam Datuk Mohd Yusof Apdal berkata semua ketua PDM yang dilantik perlu menggalas tanggungja­wab yang diberi kerana PRU-14 kali ini besar maknanya kepada perjuangan Umno dan BN.

“Selain semua pengundi perlu dikenalpas­ti, pengundi dari luar kawasan juga perlu dipastikan turun untuk mengundi BN.

“Kemenangan BN amat besar maknanya kepada perjuangan Umno tatkala pelbagai isu dimainkan pembangkan­g,” katanya.

Beliau yang juga Adun Lahad Datu berkata demikian ketika berucap di Majlis Pemimpin Bersama PDM Tambisan, di sini pada Selasa.

Beliau turut menggesa supaya gerak kerja jentera PRU-14 digandakan dengan lancar dan kemas berikutan istilah kubu kuat sudah tidak relevan di beberapa kawasan.

“Dalam kubu kita, sudah ada pengkhiana­t yang mahu merosakkan kita, jadi teruslah kukuhkan Umno demi masa depan agama, bangsa dan negara,” katanya.

Pada perkembang­an lain, Yusof menyempurn­akan penyampaia­n sumbangan zink dan papan lapis kepada 63 ketua keluarga di mukim Tambisan.

Turut hadir, Bendahari Umno Bahagian Silam Sari Arshad, Pegawai Kemajuan Masyarakat Lahad Datu Sandaluddi­n Muksan, Penyelaras Umno Tungku Roslan Hamid dan Ketua PDM Tambisan Norudin Rajin.

Selain semua pengundi perlu dikenalpas­ti, pengundi dari luar kawasan juga perlu dipastikan turun untuk mengundi BN. Kemenangan BN amat besar maknanya kepada perjuangan Umno tatkala pelbagai isu dimainkan pembangkan­g.

DATUK MOHD YUSOF APDAL Ketua Umno Bahagian Silam

 ??  ?? YUSOF bersama sebahagian penerima sumbangan.
YUSOF bersama sebahagian penerima sumbangan.
 ??  ?? YUSOF (tiga kiri) berucap di majlis berkenaan.
YUSOF (tiga kiri) berucap di majlis berkenaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia