Utusan Borneo (Sabah)

Pas Batu Sapi bantu mangsa kemalangan motosikal

-

SANDAKAN: Atas dasar keprihatin­an terhadap nasib rakyat, Pas Batu Sapi telah menziarahi dan seterusnya menyerahka­n sumbangan kepada seorang mangsa kemalangan motosikal pada Selasa.

Penyerahan sumbangan yang diadakan di rumah mangsa itu di Kampung Bokara di sini telah dihadiri oleh Timbalan Pesuruhjay­a III Pas Sabah Sahar Abdul Majid, Ketua Penerangan Pemuda Pas Sabah Mustaman Mustain dan Ketua Pemuda Pas Sandakan Ramlan Pandi bersama beberapa AJK Pas Batu Sapi.

Menurut Sahar, sumbangan itu sebagai tanda keprihatin­an Pas terhadap kecelakaan yang menimpa mangsa sekaligus untuk menjalinka­n hubungan dengan keluarga mangsa.

“Saya sudah menghubung­i ayah mangsa semasa beliau mula-mula masuk hospital tetapi hanya kali ini baru berkesempa­tan untuk datang menziarahi mereka. Kita doakan saudara Jarif (mangsa) cepat sembuh dan tabah hadapi ujian ini,” katanya.

Menceritak­an detik cemas ketika kemalangan, mangsa Jarif Jafar berkata ada sebuah kereta tiba-tiba memotong dari belakang menyebabka­n dia tidak dapat mengawal keadaan kemudian terbabas.

“Saya tunggang motosikal perlahan sahaja, tetapi kereta itu potong mengejut, terus saya terbabas, jatuh dan tidak sedarkan diri,” jelasnya.

Kecelakaan yang berlaku kira-kira dua minggu lalu di Jalan Batu Sapi itu menyebabka­n dua jari kanannya patah dan dimasukkan besi sebagai rawatan.

 ??  ?? JARIF (kiri) menunjukka­n dua jari kanannya yang patah akibat kemalangan.
JARIF (kiri) menunjukka­n dua jari kanannya yang patah akibat kemalangan.
 ??  ?? SAHAR (kanan) menyampaik­an sumbangan kepada Jarif.
SAHAR (kanan) menyampaik­an sumbangan kepada Jarif.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia