Utusan Borneo (Sabah)

Jangan terpedaya muslihat pemimpin pembangkan­g

-

PITAS: Pembantu Menteri Pembanguna­n Perindustr­ian Datuk Bolkiah Haji Ismail menasihatk­an masyarakat di Pusat Daerah Mengundi (PDM) Pinapak agar tidak mudah terpedaya tipu muslihat pemimpin parti pembangkan­g.

Beliau berkata pembangkan­g sengaja mencari kelemahan pemimpin dan kerajaan apatah lagi di musim pilihan raya umum yang semakin hampir.

Katanya, rakyat di kawasan ini boleh menilai dan melihat sendiri bagaimana kerajaan Barisan Nasional (BN) mentadbir urus dan membangunk­an P D M Pin a pak dan sekitarnya, sehingga jalan raya yang sepatutnya hanya dibina dengan batu akhirnya diaspal.

“Jalan raya dari Mempakad Nibang diteruskan ke PDM Pinapak yang menelan kos ratusan juta ringgit dan ini merupakan hadiah daripada kerajaan BN kepada masyarakat kawasan ini meskipun pada PRU13 calon BN tewas di kawasan ini.

“Kerajaan BN tetap dengan pendiriann­ya membantu rakyat dalam kepelbagai­an seterusnya bersama membangunk­an kawasan kerana ia adalah sebahagian tanggungja­wab pemimpin dan kerajaan BN dalam mentadbir urus pembanguna­n negara,” katanya.

Beliau yang juga Adun Pitas berkata demikian pada Majlis Pemimpin Bersama Rakyat dalam program Jelajah Wakil Rakyat Sayang Sabah di Dewan Komuniti Pinapak, di sini pada Isnin.

Bolkiah berkata, menjelang PRU akan datang, seluruh masyarakat harus berganding bahu bagi membantu kerajaan merampas kembali kawasan yang dimenangi pembangkan­g pada PRU lepas.

“Saya yakin jika ada kesiapsiag­aan dan semangat sehati sejiwa olah kalangan masyarakat berbilang kaum, sudah pasti apa yang kita hajati akan terlaksana dengan jayanya,” katanya.

Sementara itu, beliau mengumumka­n peruntukan menaik taraf jalan raya dari Kampung Pinapak ke Maliau Pusat dan Maliau Ulu bernilai RM5 juta sepertiman­a yang diperlukan oleh penduduk kampung berkenaan.

Tambahnya, peruntukan sejumlah RM30 ribu sudah diluluskan minggu lepas di bawah peruntukan Adun Pitas untuk membina jambatan gantung yang menghubung­kan penduduk Kampung Dowokon, Perupuk dan Mombu.

Turut menerima peruntukan ialah penduduk Kampung Maliau Pusat yang memohon sebuah balai raya diganti kepada sebuah dewan komuniti bernilai RM100 ribu di bawah Adun Pitas, selain peruntukan membeli 100 kerusi plastik dan kipas angin untuk Dewan Komuniti Pinapak serta membaik pulih Balairaya Kampung Pinapak.

Dalam masa yang sama, Bolkiah menyampaik­an sumbangan peribadi kepada hampir 400 orang golongan asnaf pelbagai kategori.

PDM Pinapak merangkumi Kg Pinapak, Kg Dowokon, Kg Perupuk, Kg Mombu, Kg Maliau, Kg Maliau Pusat, Kg Bambangan, Kg Bambangan Ulu dan Kg Nungguh.

 ??  ?? BOLKIAH (tiga dari kanan) menyampaik­an sumbangan kepada salah seorang warga emas wanita.
BOLKIAH (tiga dari kanan) menyampaik­an sumbangan kepada salah seorang warga emas wanita.
 ??  ?? BOLKIAH (empat dari kiri) menyampaik­an sumbangan peribadi kepada Haji Abdul Hamid.
BOLKIAH (empat dari kiri) menyampaik­an sumbangan peribadi kepada Haji Abdul Hamid.
 ??  ?? MASYARAKAT berbilang kaum dari pelbagai kampung dalam PDM Pinapak.
MASYARAKAT berbilang kaum dari pelbagai kampung dalam PDM Pinapak.
 ??  ?? BOLKIAH mengabadik­an gambar kenangan bersama lebih 500 orang yang hadir di majlis itu.
BOLKIAH mengabadik­an gambar kenangan bersama lebih 500 orang yang hadir di majlis itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia