Utusan Borneo (Sabah)

Dadah bernilai RM137,662.20 dilupus

JSJN Sarawak akan lupus kira-kira 899.62 gram di KIWMP di Kampung Mambong, Padawan

-

KUCHING: Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Sarawak akan melupuskan kira-kira 899.62 gram pelbagai jenis dadah dianggarka­n bernilai RM137,662.20 di Kuching Integrated Waste Management Park (KIWMP) di Kampung Mambong, Padawan dekat sini pada Rabu.

Ketua Jabatan Pengurusan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sarawak SAC Datuk Zamani Tan Sri Hamdan berkata kesemua dadah tersebut adalah rampasan kes melibatkan beberapa daerah iaitu Kuching, Kota Samarahan, Sri Aman, Betong, Mukah dan Kapit.

Menurutnya, syabu mencatat jumlah terbanyak iaitu 784.95 gram, ganja (3.86 gram), ketamine(4.6 gram), pil ecstasi (8.61 gram/31 biji), Erimin 5 (2.53 gram/13 biji) dan pil nospan sebanyak (95.07 gram/590 biji).

“Kesemua dadah yang dilupuskan adalah rampasan kes di beberapa daerah dari 2008 hingga 2016.

“Jumlah keseluruha­n rampasan dadah yang dilupuskan ialah 899.62 gram dengan nilai anggaran RM137,662.20 iaitu syabu mencatat nilai terbesar (RM125,592), pil ecstaci(RM1,550), ketamine (RM552), nospan (RM295), Erimin 5 (RM260) dan ganja (RM77.20).

“Prosedur pelupusan ini dijalankan di bawah peruntukan Perintah Tetap KetuaPolis­Negara(PTKPN) D207,” katanya pada sidang media di Pusat Media IPK Sarawak di sini, pada Selas.

Difahamkan Ketua JSJN Sarawak Superinten­den Sahar Abdul Latif akan mengetuai ‘Program Pelupusan Barang Kes JSJN Siri 1/2018 Peringkat Kontinjen Sarawak’ tersebut yang dijadualka­n bermula jam 8 pagi Rabu.

“Pihak JSJN khasnya menyeru masyarakat di sini menyalurka­n maklumat kepada polis agar aktiviti penyalahgu­naan dadah dapat dibendung,” kata Zamani.

Sementara itu, Sahar yang turut hadir pada sidang media tersebut semalam berkata dadah jenis syabu masih merupakan dadah paling ‘popular’.

“Syabu masih dadah popular, di mana kejayaan terbesar kami pada tahun lepas (2017) adalah menumpaska­n dua sindiket pengedaran dadah rentas sempadan dengan rampasan sebanyak 11 kilogram dadah untuk kes pertama dan kes kedua sebanyak lima kilogram dengan anggaran nilai mencecah RM3 juta.

“Usaha membantera­s kegiatan ini adalah berterusan dan untuk awal tahun ini sahaja, terdapat lima kes yang disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya,” katanya.

“Kesemua dadah yang dilupuskan adalah rampasan kes di beberapa daerah dari 2008 ” hingga 2016 SAC DATUK ZAMANI TAN SRI HAMDAN Ketua Jabatan Pengurusan IPK Sarawak

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia