Utusan Borneo (Sabah)

Jalan Sibu-Bintulu ditenggela­mi banjir

-

SIBU: Beberapa pengguna jalan raya melalui Jalan SibuBintul­u berhampira­n Sungai Arip di sini terpaksa berpatah balik selepas laluan tersebut ditenggela­mi banjir.

Timbalan Pegawai Daerah Selangau Anyie Awing semasa dihubungib­erkatasela­inderas, paras air menenggela­mkan laluan terbabit sangat dalam.

Katanya, laluan itu dilanda banjir berikutan hujan berterusan sejak kelmarin sehingga menyebabka­n paras air Sungai Arip naik mendadak.

“Kejadian itu turut menyebabka­n anggota bomba yang hendak menghulurk­an bantuan kepada penduduk di dua rumah panjang Sungai Arip terpaksa berpatah balik.

“Rumah Janting Bajieng, Sungai Arip mempunyai 26 pintu manakala Rumah Lanting Depong, Ng Gon, Sungai Arip mempunyai 22 pintu.

“Kedua-dua rumah panjang itu dinaiki air sedalam kirakira empat kaki dan kini semua mangsa ditempatka­n di Dewan SK Sungai Arip,” katanya.

Menurut Anyie, pihaknya berusaha mendapatka­n bantuan daripada agensi berkaitan termasuk Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bagi menyediaka­n kemudahan pengangkut­an seperti bot.

“Ini bertujuan memudahkan operasi pemantauan dan menghulurk­an bantuan. Kita juga cuba berunding dengan penduduk mendapatka­n kebenaran mereka meminjamka­n perahu,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Mukah DSP Jimmy Panyau berkata beberapa pegawai dan anggotanya dikerahkan ke lokasi kejadian.

“Mereka berada di sana sehingga keadaan betul-betul selamat dan kembali pulih seperti biasa,” katanya.

 ??  ?? KEADAAN Jalan Sibu-Bintulu yang dinaiki air.
KEADAAN Jalan Sibu-Bintulu yang dinaiki air.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia