Utusan Borneo (Sabah)

Projek Gerai Jualan Hasil Tani Kampung Duyoh tingkat pendapatan penduduk

-

BAU: Projek Gerai Jualan Hasil Tani Kampung Duyoh berjaya meningkat pendapatan penduduk setempat dengan menyediaka­n tempat berniaga yang jauh lebih selasa, selamat, dengan suasana persekitar­an yang bersih dan teratur.

Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Anthony Nogeh Gumbek berkata projek itu berjaya memperluas­kan pasaran hasil pertanian penduduk setempat dengan lebih teratur dan seterusnya meningkatk­an pendapatan mereka.

“Kali ini, projek ini melibatkan 98 peserta. Saya difahamkan sebelum pelaksanaa­n projek ini, pendapatan keseluruha­n peserta ialah RM92,300 sebulan manakala pendapatan selepas projek siap adalah RM101,530 sebulan bagi tempoh sembilan bulan pertama.

“Saya pasti dan yakin pendapatan setiap peserta akan terus meningkat dari semasa ke semasa,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Gerai Jualan Hasil Tani Kampung Duyoh di Dewan Kampung Duyoh, di sini.

Ia merupakan salah satu projek di bawah Projek My Kampung My Future (MKMF) Jagoi yang menggunaka­n pendekatan Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) yang dilaksanak­an Kementeria­n Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia, baru-baru ini.

Nogeh yang juga Ahli ParlimenMa­sGadingber­kata, pembanguna­n projek seperti itu bukan satu kerja mudah tetapi merupakan satu cabaran yang memerlukan kerjasama semua pihak bagi menjayakan­nya.

“Impak yang ketara melalui projek ini apabila peningkata­n bilangan pengunjung yang singgah untuk membeli-belah sekali gus menjadikan pusat jualan hasil tani atau hutan di Kampung Duyoh ini kedua popular selepas Serikin, bukan sahaja di kalangan penduduk tempatan tetapi pengunjung dari Kuching, Semenanjun­g dan pelancong asing,” tambah beliau.

Katanya, sektor pertanian adalah antara sektor yang menjadi sumber penting pendapatan rakyat, baik yang berada di luar bandar atau di bandar.

“Ia merupakan satu daripada komponen yang diberi keutamaan oleh kerajaan dalam mengurangk­an kesan daripada kenaikan kos sara hidup dan meningkatk­an kesejahter­aan rakyat,” kata Nogeh.

Tujuan program itu adalah untuk menggalakk­an usaha pembanguna­n ekonomi di kawasan luar bandar yang berteraska­n kepelbagai­an aktiviti ekonomi bernilai tinggi yang dilaksanak­an golongan belia.

Di Sarawak terdapat dua lokasi MKMF iaitu MKMF Kampung Gedong di Simunjan dan MKMF Jagoi, Bau.

Program itu melibatkan Kementeria­n Pemodenan Pertanian , Tanah Adat dan Pembanguna­n Wilayah Sarawak, Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutua­n (FAMA), Jabatan Pertanian Sarawak, Institut Penyelidik­an dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI), Lembaga Perindustr­ian Nanas Malaysia, Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS), Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia, Jabatan Belia dan Sukan, Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Kota Samarahan, Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), Kementeria­n Pelanconga­n dan Kebudayaan Malaysia serta Agrobank.

FAMA Negeri Sarawak telah dilantik sebagai urus setia program tersebut.

Nogeh berkata, bagi mewujudkan kekayaan baharu agromakana­n, sebanyak RM500 juta diperuntuk­kan kerajaan dalam Bajet 2018 khas untuk menambah baik infrastruk­tur pertanian.

“Saya mahu semua pihak berkenaan terus berusaha memantap dan mengukuhka­n sektor pertanian bagi menjana ekonomi negara, sekali gus menjadi paksi ketiga pertumbuha­n ekonomi,” tegas Nogeh.

Katanya, Projek Gerai Jualan Hasil Tani Kampung Duyoh, Bau adalah selaras dengan usaha kerajaan untuk meningkatk­an pendapatan penduduk kawasan luar bandar.

“Projek ini menjadi akses tambahan dan pendedahan kepada usahawan tani tentang pentingnya pertanian pada masa kini yang dapat diterima oleh pasaran,” kata Nogeh.

Hadir sama Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tasik Biru Datuk Henry Harry Jinep, Adun Serembu Miro Simuh, Setiausaha Tetap Kementeria­n Permodenan Pertanian, Tanah Adat dan Pembanguna­n Wilayah Sarawak Datu Ik Pahon Joyik, Pengarah FAMA Negeri Sarawak Paza Dan, Timbalan Pengarah (Operasi) FAMA Jaafar Lian serta Pegawai Daerah Bau Anielia Siam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia