Utusan Borneo (Sabah)

Penyaluran maklumat, bantuan banjir berjalan lancar

-

ASAJAYA: Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Negeri (J P B N) Sarawak tidak berdepan masalah dari segi penyaluran maklumat dan bantuan kepada mangsa banjir di negeri ini.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata setakat ini segala urusan penyaluran maklumat dan bantuan berjalan lancar.

Malah penggunaan teknologi terkini katanya, turut memudahkan maklumat disampaika­n kepada urus setia JPBN.

“Dengan teknologi terkini (media sosial) kita dapat laporan secara langsung seperti di Selangau hari ini dapat dilakukan.

“Jalan raya antara Sibu dan Bintulu terputus hubungan, jadi kita nampak urusan (penyaluran maklumat) itu amat membantu dan memudahkan,” kata Uggah yang juga pengerusi JPBN ketika ditemui ketika mengadakan lawatan ke pusat pemindahan Kompleks Sukan Asajaya di sini Selasa.

Hadir sama, Ahli Parlimen Kota Samarahan Rubiah Wang dan Menteri Pelanconga­n, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan merangkap Adun Asajaya Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah.

Bagaimanap­un katanya, tidak dinafikan masih terdapat beberapa lokasi di negeri ini sukar dihubungi berikutan belum ada talian telekomuni­kasi.

“Dengan itu kita telah bekerjasam­a menerusi Radio Amatur untuk salurkan maklumat kepada urus setia JPBN Sarawak,” katanya.

Bercakap mengenai lawatan itu, Uggah berkata Kompleks Sukan Asajaya kini menempatka­n 275 orang membabitka­n 78 keluarga dari enam kampung setakat jam 4 petang Selasa.

Setakat tempoh itu juga, sejumlah 20 pusat pemindahan masih beroperasi yang menempatka­n 908 keluarga terdiri daripada 3,231 orang.

Menurutnya JPBN akan terus meningkatk­an tahap kesiapsiag­aan dalam menghadapi sebarang kemungkina­n sepanjang minggu ini.

Malah Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim katanya, telah memberi pengiktira­fan lima bintang kepada JPBN dalam menyalurka­n bantuan yang mencukupi kepada mangsa banjir di Sarawak.

Banjir sejak minggu lepas membabitka­n tiga bahagian - Samarahan, Serian dan Mukah.

Laporan JPBN menunjukka­n di bahagian Samarahan pusat pemindahan SK Haji Bujang Rangawan Putin yang dibuka sejak Ahad lepas mencatat mangsa teramai iaitu 578 orang daripada 174 keluarga.

Mereka yang terjejas dari Kampung Rangawan, Sungai Putin, Terasi, Rangkang dan Tanjung Kelaso.

Pusat pemindahan Masjid Seruyuk yang dibuka sejak Sabtu menempatka­n 328 orang daripada 80 keluarga dari Kampung Seruyuk, Simunjan.

Di Kompleks Sukan Asajaya seramai 275 mangsa daripada 78 keluarga dipindahka­n dari Kampung Asajaya Ulu, Sampun Jugu, Sampun Kelili dan Serpan Laut. Ia dibuka sejak Isnin.

Lapan pusat pemindahan dibuka di bahagian ini dengan mencatat 1,818 mangsa daripada 506 keluarga.

Di bahagian Serian seramai 1,171 mangsa daripada 329 keluarga terjejas akibat banjir.

Di pusat pemindahan SK Tanah Putih seramai 252 mangsa daripada 77 keluarga dari Kampung Tanah Putih ditempatka­n di situ sejak Ahad.

Manakala seramai 210 mangsa daripada 56 keluarga ditempatka­n di Dewan Lintang Baru Panchor dari Kampung Lintang Baru Panchor.

Di Bahagian Mukah, pusat pemindahan SK Parish Balingian menempatka­n 157 mangsa daripada 30 keluarga dari SOPB KM7 Balingian, Rumah Raweng Sungai Bayan Tasik dan Rumah Janin Setuan Besar.

Pusat pemindahan Dewan Masyarakat Balingian menempatka­n 82 orang daripada 41 keluarga dari Rumah Merling dan Kampung Kuala Balingian yang dibuka sejak Ahad.

 ??  ?? UGGAH menyampaik­an sumbangan kepada salah seorang penduduk yang ditempatka­n di Kompleks Sukan Asajaya di Samarahan.
UGGAH menyampaik­an sumbangan kepada salah seorang penduduk yang ditempatka­n di Kompleks Sukan Asajaya di Samarahan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia