Utusan Borneo (Sabah)

2,807 pelajar di Mukah, Dalat terjejas banjir

-

MUKAH: Sejumlah 16 sekolah ditutup melibatkan 2,807 pelajar di Mukah dan Dalat akibat bencana banjir melanda sejak beberapa hari lalu.

Lapan sekolah ditutup di Dalat iaitu SMK Dalat, SK Klid/Plajau, SK St John, SJKC Chin Hua, SK Kampung Teh, SK Sungai Ud, SK St Bernard dan SK Kampung Tanam.

Maklumat daripada Bilik Gerakan Banjir Daerah Dalat menyatakan bahawa mangsa terjejas melibatkan 2,057 pelajar, 211 guru dan 51 kakitangan sokongan

Sementara itu, sekolah yang ditutup di Mukah adalah SK Kampung Jebungan, SK Kampung Sau, SK Kampung Teh, SK Sungai Liuk, SK Kuala Kenyana, SK Penakub Ulu, SK Lubok Bemban dan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Ek Hua.

Menurut Bilik Gerakan Banjir Daerah Mukah, mangsa terjejas melibatkan 750 pelajar, 111 guru dan 44 kakitangan sokongan.

Jumlah mangsa banjir di tiga pusat pemindahan sementara menunjukka­n sedikit peningkata­n berbanding petang Ahad lalu.

Pusat pemindahan di SK St Parish mencatatka­n jumlah tertinggi iaitu 144 mangsa, diikuti Dewan Masyarakat Balingian 82 dan Dewan Masyarakat Mesra Mukah tiga.

Pemangku Timbalan Residen Mukah Safri Saili memberitah­u, keadaan air banjir di kawasan Mukah tidak menentu.

“Paras air menunjukka­n penurunan seketika dan ada ketikanya naik sedikit, bacaan tidak menentu sehingga petang tadi (Selasa),” jelasnya.

Oleh itu, beliau mengingatk­an penduduk terutama yang tinggal di kawasan rendah sentiasa berwaspada dan mematuhi arahan pihak bertanggun­gjawab sekiranya diminta berpindah.

Pada masa sama, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Balingian Abdul Yakub Arbi menasihati mangsa terlibat banjir supaya bersabar dengan bencana yang menimpa ketika ini.

“Bersabarla­h dengan lumrah alam ini, kita doakan agar semuanya kembali pulih seperti biasa dan semuanya dalam keadaan selamat,” katanya.

Beliau pada Isnin turut melawat dua pusat pemindahan serta diberi taklimat oleh pasukan dan petugas keselamata­n di kedua-dua pusat.

 ??  ?? KEADAAN di SK Klid/Plajau yang dinaiki air.
KEADAAN di SK Klid/Plajau yang dinaiki air.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia