Utusan Borneo (Sabah)

Sektor pelanconga­n Sarawak perlu terus dipertingk­atkan

-

KUCHING: Sektor pelanconga­n Sarawak perlu terus dipertingk­atkan walaupun sudah mencapai tahap memberangs­angkan ketika ini.

Justeru, Menteri Pelanconga­n, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah menyatakan bahawa pihaknya akan meneruskan kerjasama erat dengan Pelanconga­n Malaysia serta rakan-rakan strategik dalam industri termasuk ejen pelanconga­n, hotel dan sebagainya bagi menjulang pelanconga­n negeri ini.

“Pemasaran dan promosi produk pelanconga­n kita tidak boleh hanya bergantung kepada kebudayaan, pengembara­an dan alam semula jadi tetapi juga kita mahu pelancong berasa teruja dan berpuas hati apabila melawat Sarawak.

“Selain hanya membawa pelancong masuk, kita harus memastikan pelancong mempunyai pandangan yang baik terhadap Sarawak. Kita tidak mahu pelancong kecewa dengan produk, promosi dan pakej yang kita tawarkan kerana tidak mencapai apa yang mereka jangkakan.

“Sebab itu, kita harus proaktif jika mahu menjadikan Sarawak sebagai salah satu destinasi pelanconga­n yang kompetitif seperti Indonesia, Thailand, Filipina bahkan Sabah, yang menarik ramai pelancong terutama dari China setiap hari,” katanya pada Majlis Makan Malam Penghargaa­n Kakitangan STB di sini, pada Isnin.

Hadir sama Menteri Muda Kesenian, Kebudayaan dan Pelanconga­n Datuk Lee Kim Shin, Menteri Muda Belia dan Sukan Datuk Snowdan Lawan, Setiausaha Tetap Kementeria­n Pelanconga­n, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Hii Chang Kee, Setiausaha Tetap Kementeria­n Pemodenan Pertanian, Tanah Adat dan Pembanguna­n Wilayah Datu Ik P a hon J o y i k, Pengerusi S T B Datuk Abdul Wahab Aziz dan Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif STB Mary Wan Mering.

Sementara itu, Karim optimis untuk mencapai sasaran lima juta pelancong ke Sarawak pada tahun ini, hasil daripada pelbagai inisiatif yang dilaksanak­an seperti pertambaha­n laluan penerbanga­n yang menghubung­kan Sarawak dengan Indonesia, China termasuk Singapura.

Selain itu, katanya sektor perhotelan juga telah berkembang yang menyediaka­n kemudahan penginapan mengikut kehendak pelancong bahkan pembukaan hospital-hospital pakar swasta turut dijangka menyumbang dalam sektor pelanconga­n kesihatan.

Katanya lagi, Jambatan Darul Hana juga telah menjadi ikon baharu bagi Sarawak untuk para pelancong merakam kenangan ketika melawat bandar raya ini.

“Mengambil contoh jika kita pergi ke Paris, ia tidak lengkap jika tidak mempunyai gambar yang diambil di Menara Eiffel.

“Jadi di Kuching, lawatan pelancong juga tidak akan lengkap tanpa bergambar di Jambatan Darul Hana yang berlatarbe­lakangkan Kompleks Dewan Undangan Negeri (DUN),” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia