Utusan Borneo (Sabah)

Harga lebih murah

Sempena Program Jimat Belanja Dapur

- Oleh SITI AISYAH NARUDIN

KOTA KINABALU: Program Jimat Belanja Dapur tawar harga barangan lebih murah sehingga 20 peratus.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Yahya Hussin berkata, program berkenaan melibatkan sebanyak 45 pasar tani di seluruh Sabah.

Menurutnya, inisiatif yang dianjurkan oleh Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutua­n (Fama) Negeri Sabah itu dapat membantu mengurangk­an kos perbelanja­an harian rakyat.

“Barangan di pasar tani lebih murah kerana jualannya tidak melalui orang tengah tetapi terus kepada peladang.

“Justeru, harga yang ditawarkan sangat berpatutan berbanding harga barangan di pasar atau kedai lain,” katanya.

Beliau yang juga Menteri Pertanian dan Industri Makanan berkata demikian kepada media selepas melancarka­n program berkenaan di Pasar Tani Asia City di sini pada Rabu.

Yahya berkata, program itu juga diadakan dua kali seminggu di seluruh pasar tani di negeri ini.

Dalam pada itu, pihaknya turut mahu agensi dan jabatan di bawah kementeria­n supaya menganjurk­an program seperti itu.

“Walaupun kerajaan menetapkan kawalan harga untuk beberapa komoditi, tetapi melalui program ini kita dapat membantu rakyat dalam mengurangk­an kos perbelanja­an harian.

“Selain itu, rakyat juga dapat berbelanja sempena dengan sambutan perayaan Tahun Baharu Cina,” katanya.

Setakatini,terdapatse­ramai 1,300 peniaga pasar tani yang beroperasi di Sabah.

“Walaupun kerajaan menetapkan kawalan harga untuk beberapa komoditi, tetapi melalui program ini kita dapat membantu rakyat dalam mengurangk­an ” kos perbelanja­an harian DATUK SERI PANGLIMA YAHYA HUSSIN Timbalan Ketua Menteri

 ??  ??
 ??  ?? YAHYA (tiga kanan) menerima cenderahat­i daripada Pengarah Fama Sabah Ribin Wahid (kiri) sempena pelancaran Program Jimat Belanja Dapur.
YAHYA (tiga kanan) menerima cenderahat­i daripada Pengarah Fama Sabah Ribin Wahid (kiri) sempena pelancaran Program Jimat Belanja Dapur.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia