Utusan Borneo (Sabah)

Pembinaan Ebena Bukit Bantayan Residences sudah sampai ke bumbung

- Oleh ALFRED PETRUS (empat kanan) dan Cheo (empat kiri) mengetuai acara Topping Up Bukit Bantayan Residences.

KOTA KINABALU: Pembinaan Ebena Bukit Bantayan Residences kini sudah mencapai hingga ke bumbungnya, iaitu tingkat ke-26.

Ketua Pegawai Eksekutif Gamuda Land Ngan Chee Meng berkata pencapaian berkenaan menandakan kejayaan pembanguna­n sulungnya di Kota Kinabalu.

“Pembinaan bangunan Ebena Bukit Bantayan Residences ini dijangka siap sepenuhnya pada 2019.

“Melalui Gamuda Land, kami melaksanak­an pembinaan yang mana masyarakat boleh menyifatka­n tempat berkenaan sebagai ‘rumah’.

NGAN

“Ketika kami mula-mula datang ke sini, Gamuda Land melihat peluang untuk mewujudkan tempat kediaman yang baik dan sesuai di sini dengan menggunaka­n teknologi yang sesuai supaya persekitar­an yang hijau masih dapat dipelihara seiring dengan pembanguna­n,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Topping Up Menara Ebena Bukit Bantayan Residences di sini pada Rabu.

Ngan berkata Bukit Bantayan Residences bukan sahaja sebagai sebuah kediaman biasa tetapi dilengkapi dengan kemudahan yang sangat sesuai sebagai sebuah kediaman.

“Ia bukan setakat sebagai sebuah kediaman tetapi turut dilengkapi tempat bermain, bersenam, perjumpaan, makan dan taman.

“Apabila orang ramai melihat semua ini, mereka akan tertarik untuk berada di sini,” jelasnya.

Sementara itu, Bukit Bantayan Residences mempunyai tiga menara utama iaitu Ebena, Cemara dan Dilenia.

Bagi bangunan Cemara dan Dilenia, masing-masing mempunyai 25 dan 27 tingkat.

Keseluruha­n pembinaan Bukit Bantayan Residences melibatkan 912 unit dan akan dilengkapi dengan 25 kedai Village Square.

Dalam pada itu, pembinaan Cemara dan Dilenia dijangka siap pada 2020 dan 2021.

Namun bagi kediaman Cemara, ia telahpun dijual sehingga 70 peratus.

Turut hadir, Pengurus Besar Bukit Bantayan Residences Cheo Yuan Ping.

 ??  ??
 ??  ?? NGAN (enam kiri) merakamkan gambar kenangan bersama kakitangan Gamuda Land dan Bukit Bantayan Residences.
NGAN (enam kiri) merakamkan gambar kenangan bersama kakitangan Gamuda Land dan Bukit Bantayan Residences.
 ??  ?? NGAN (kanan) berbual bersama kakitangan Gamuda Land dan Bukit Bantayan Residences mengenai projek pembinaan itu.
NGAN (kanan) berbual bersama kakitangan Gamuda Land dan Bukit Bantayan Residences mengenai projek pembinaan itu.
 ??  ?? NGAN (kanan) dan Cheo (kiri) berbincang mengenai projek pembinaan Bukit Bantayan Residences.
NGAN (kanan) dan Cheo (kiri) berbincang mengenai projek pembinaan Bukit Bantayan Residences.
 ??  ?? MODEL bangunan Bukit Bantayan Residences.
MODEL bangunan Bukit Bantayan Residences.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia