Utusan Borneo (Sabah)

Gempa bumi 6.4 gegar Hualien, Taiwan

Anggota penyelamat bergegas mencari mangsa terselamat, lebih 200 tercedera

-

HUALIEN: Beberapa anggota penyelamat di bandar Hualien di Taiwan bergegas untuk mencari mangsa terselamat di dalam bangunan yang berada dalam keadaan condong dan membimbang­kan pada bahagian asasnya semalam, selepas gempa bumi malam semalam mengorbank­an dua nyawa dan mencederak­an lebih 200.

Pihak berkuasa berkata mereka tidak dapat mengesahka­n berapa ramai penduduk yang masih hilang selepas gempa bumi sekuat 6.4 magnitud melanda bandar pelanconga­n utama pada lewat kelmarin.

Usaha menyelamat telah ditumpukan pada awal semalam di bangunan kediaman Yun Tsui, yang turut menempatka­n sebuah restoran, kedai serta sebuah asrama.

Gempa bumi itu telah menyebabka­n bangunan setinggi 12 tingkat condong, dengan bahagian tingkat bawahnya hancur.

Perkhidmat­an bomba tempatan Hualien berkata 147 daripada 213 penduduk bangunan itu masih belum dijumpai.

Seorang penduduk tempatan yang tinggal berhampira­n memberitah­u AFP bagaimana dia menyaksika­n blok menara itu separuh runtuh.

“Saya melihat tingkat pertama yang tenggelam di dalam tanah. Kemudian ia tenggelam dan condong serta tingkat empat menjadi tingkat pertama,” kata Lu Chih-son, 35, yang melihat 20 orang diselamatk­an dari bangunan itu.

“Keluarga saya terselamat, namun seorang jiran tercedera pada bahagian kepala mereka dan mengalami pendarahan. Kami tidak berani pulang ke rumah sekarang. Terdapat banyak gegaran susulan dan kami berasa bimbang rumah kami mengalami kerosakan,” dia memberitah­u AFP.

Presiden Tsai Ing-wen melawat kawasan itu pada pagi semalam, di mana pihak berkuasa telah pergi dari rumah ke rumah mencari sesiapa yang terperangk­ap di dalam.

“Sekarang adalah masa paling penting bagi usaha menyelamat, keutamaan pertama kami adalah untuk menyelamat­kan orang,” kata beliau dalam satu kenyataan Facebook.

Empat kren bergerak telah dibawa di belakang beberapa trak untuk membantu mengangkat bangunan tersebut, menurut seorang wartawan AFP di tempat kejadian.

LiuYan-hu,dariPersat­uan Arkitek Daerah Hualien, memberitah­u Apple Daily ia kelihatan seperti struktur utama bangunan masih terlekat.

Lima bangunan lain termasuk sebuah hospital dan sebuah hotel turut musnah di bandar itu, di mana jalan raya terputus dan dipenuhi dengan runtuhan.

Hualien merupakan salah satu hab pelanconga­n paling popular di Taiwan ketika ia terletak di landasan kereta api timur yang menarik dan berhampira­n Gaung Taroko yang masyhur.

Gegaran susulan yang kerap menyebabka­n beberapa penduduk terkandas di kawasan terbuka ketika mereka bimbang untuk kembali ke dalam bangunan. Pihak berkuasa berkata 830 berada di pusat penempatan sementara pada pagi semalam dan kira-kira 1,900 rumah tanpa bekalan elektrik.

Pihak berkuasa turut me-nyatakan 214 tercedera dalam kejadian gempa bumi, dengan 117 telah diselamatk­an dari bangunan yang terjejas setakat ini.

Hotel Marshal yang mengalami kerosakan teruk turut tumbang ke tanah ketika bahagian tingkat bawahnya hilang.

Gempa bumi itu melanda hanya sebelum waktu tengah malam kira-kira 21 kilometer timur laut Hualien, menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS).

Ia disusuli hampir 100 gegaran lebih kecil yang melanda kawasan sepanjang tiga hari lepas dan muncul tepat dua tahun sejak gempa bumi dengan magnitud yang sama melanda bahagian selatan Taiwan di bandar Tainan, mengorbank­an lebih 100 nyawa.

Kebanyakan kematian akibat gempa bumi pada Februari 2016 adalah dari kompleks pangsapuri 16 tingkat Wei-kuan, yang tumbang ke sebelahnya dan menimbus ramai penduduk dalam runtuhan.

Ia merupakan satusatuny­a bangunan tinggi di Tainan yang runtuh sepenuhnya dalam kejadian gempa bumi, yang muncul dua hari sebelum Tahun Baharu Cina, ketika ramai orang melawat ahli keluarga bagi sambutan terbesar dalam kalendar Cina.

Keselamata­n bangunan dipersoalk­an dengan segera selepas bencana itu, ketika tin besi dan busa telah didapati digunakan sebagai pengisi dalam konkrit serta penduduk menyatakan terdapat retakan pada bangunan.

Lima orang didapati bersalah dan dijatuhkan hukuman penjara selama lima tahun bagi kemalangan itu, termasuk pemaju dan dua arkitek, dengan pendakwa raya menyatakan mereka telah “membuang bahagian tertentu” yang menjejaska­n integriti struktur bangunan.

Taiwan terletak berhampira­n simpang dua plat tektonik dan sering dilanda gempa bumi.

Gegaran terburuk di pulau itu sejak beberapa dekad adalah gempa bumi sekuat 7.6 magnitud pada September 1999 yang mengorbank­an kira-kira 2,400 nyawa.

 ?? — Gambar AFP ?? ANGGOTA penyelamat dan kecemasan menutup jalan raya di mana sebuah bangunan menjadi condong selepas gempa bumi melanda bandar Hualien di timur Taiwan semalam.
— Gambar AFP ANGGOTA penyelamat dan kecemasan menutup jalan raya di mana sebuah bangunan menjadi condong selepas gempa bumi melanda bandar Hualien di timur Taiwan semalam.
 ?? — Gambar Reuters ?? ANGGOTA bomba bergegas mencari mangsa terselamat selepas gempa bumi melanda bandar Hualien di timur Taiwan semalam.
— Gambar Reuters ANGGOTA bomba bergegas mencari mangsa terselamat selepas gempa bumi melanda bandar Hualien di timur Taiwan semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia