Utusan Borneo (Sabah)

Panda merah diselamatk­an di Laos, dikhuatiri jadi sasaran dagangan haiwan eksotik

-

BANGKOK: Tindakan menyelamat­kan tiga panda merah di Laos, yang merupakan spesies terancam yang diseludup dari China, telah menimbulka­n kebimbanga­n bahawa haiwan yang jarang ditemui itu semakin menjadi idaman pemilik haiwan eksotik.

Laos yang kekurangan tanah, bersempada­n dengan China dan Vietnam, merupakan sebuah hab persinggah­an utama dalam dagangan dunia bagi hidupan liar haram, namun beberapa pakar menyatakan penemuan panda merah di sana tidak pernah didengari sebelum ini.

Enam beruang sebesar saiz kucing ditemui pada 12 Januari di utara Laos semasa satu persinggah­an rambang bagi sebuah van dalam perjalanan dari China, salah satu daripada beberapa habitatnya yang masih wujud.

Tiga mati kemudian selepas perjalanan yang teruk namun tiga yang masih hidup telah dihantar ke sebuah santuari yang dimiliki NGO Free the Bears di pekan pelanconga­n utara Luang Prabang, di mana panda itu sedang beransur pulih.

“Mereka telah berjaya melalui tempoh kuarantin awal mereka selama dua minggu yang membolehka­n kami memindahka­n mereka ke kandang yang lebih besar di mana mereka mempunyai ruang untuk memanjat,” Rod Mabin, pengarah komunikasi wilayah dengan Free the Bears, memberitah­u AFP.

Kumpulan itu berkongsi rakaman terbaharu panda merah berekor gelung mengunyah daun dan memakan buah-buahan segar ketika kerap kali memandang ke arah kamera dalam keadaan tertanya-tanya.

Dengan habitat di bawah ancaman di Himalaya Timur dan China, panda merah telah dianggap sebagai spesies sangat terancam dan mudah terdedah kepada penyakit berjangkit.

Namun bulu merah kuprum mereka, penampilan yang comel serta saiz yang kecil turut membuatkan ia sebagai calon mudah bagi perdaganga­n haiwan eksotik.

Menurut satu penilaian daripada Senarai Merah untuk Spesies Terancam IUCN, minat terhadap panda merah sebagai haiwan peliharaan mungkin bertambah hasil daripada respons untuk jumlah yang bertambah terhadap imej “comel” haiwan yang dikongsika­n dalam media sosial.

“Ini adalah satu penyitaan yang sangat luar biasa ketika panda merah tidak pernah dilihat sebelum ini di Laos,” kata Mabin.

“Penjelasan yang mungkin adalah haiwan itu dihantar sama ada ke sebuah zoo persendiri­an atau bagi dagangan haiwan eksotik.”

Haiwan itu turut menjadi sasaran untuk bulunya.

Ang Phuri Sherpa, pengarah Nepal bagi Red Panda Network, berkata mamalia itu sukar ditemui dalam habitatnya di hutan buluh yang tebal di sekitar negara seperti Nepal, Bhutan, India, China dan Myanmar.

Memetik satu laporan media Laos, Sherpa berkata siasatan awal menunjukka­n mereka telah dibawa bagi perdaganga­n haiwan peliharaan atau dalam perjalanan ke Thailand, menegaskan perlunya bagi semua negara untuk melakukan “usaha tambahan menangani daga-ngan haram ini.”

Perbincang­an sedang dilakukan mengenai sama ada makhluk itu akan pergi sebaik sahaja ia sembuh.

“Sama ada ia berada di santuari di Laos atau di dalam hutan di China adalah masih belum ditentukan,” tambah Mabin.

 ?? — Gambar AFP ?? GAMBAR serahan NGO Free The Bears pada 15 Januari dan diterima AFP semalam menunjukka­n panda merah dihantar ke santuari Free The Bears selepas dirampas daripada penyeludup hidupan liar di Luang Prabang, Laos.
— Gambar AFP GAMBAR serahan NGO Free The Bears pada 15 Januari dan diterima AFP semalam menunjukka­n panda merah dihantar ke santuari Free The Bears selepas dirampas daripada penyeludup hidupan liar di Luang Prabang, Laos.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia