Utusan Borneo (Sabah)

Pemimpin Boko Haram keluar video ikrar teruskan serangan

-

KANO: Pemimpin Boko Haram Abubakar Shekau mengeluark­an sebuah video kelmarin berjanji untuk meneruskan serangan beberapa hari selepas tentera Nigeria beberapa kali mendakwa kumpulan pejuang jihad itu telah dikalahkan.

Pemimpin puak itu menyatakan dalam satu pesanan video bahawa serangan terbaharu untuk menghapusk­an kubu kuat Boko Haram di Sambisa di wilayah Borno telah gagal dan berjanji akan meneruskan pertempura­n terhadap Nigeria dan pendidikan barat.

“Orang yang percaya kepada nasionalis­me ada-lah orang yang kami perangi, orang yang percaya kepada penyebaran pendidikan barat, yang penuh dengan sikap tidak percaya akan agama, adalah orang yang kami tentang,” tegas Shekau dalam video selama 11 minit.

Nigeria sudah beberapa kali mendakwa ia telah menewaskan Boko Haram, yang namanya bermakna “pendidikan barat adalah diharamkan” dalam bahasa Hausa.

Presiden Nigeria Muhammadu Buhari berkata anggota pejuang jihad “ditewaskan secara teknikal” pada Disember 2015. Kapasiti Boko Haram menjadi lemah sejak 2014 ketika ia mengawal beberapa wilayah di timur laut Nigeria namun ia masih lagi memberi ancaman.

Pada Ahad lepas, pejuang Boko Haram menyerbu sebuah kampung di timur laut Nigeria, membunuh dua orang, sementara enam lagi maut dalam serangan di utara Cameroon.

Sekurang-kurangnya 20,000 terkorban dalam keganasan selama hampir sembilan tahun itu dan lebih 2.6 juta kehilangan tempat tinggal, mencetuska­n krisis kemanusiaa­n di sekitar Lake Chad.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia