Utusan Borneo (Sabah)

Kuasa pilih pemenang Anugerah DFKL 2018 sepenuhnya di tangan peminat

-

DRAMA Festival Kuala Lumpur (DFKL) kembali untuk edisi kelima dengan menampilka­n #MasaUntukD­rama sebagai tema baharu tahun ini.

Selain menjadi sebuah platform sesuai bagi anakanak muda untuk mengasah bakat mereka menerusi pertanding­an drama pendek, pertanding­an sesi kongsi (pembentang­an idea), dan ujibakat lakonan, DFKL juga meraikan penggiat seni yang memartabat­kan industri lakonan tanah air pada Malam Anugerah DFKL 2018.

Anugerah DFKL 2018 mempertand­ingkan 11 kategori iaitu Aktor Pilihan, Aktres Pilihan, Antagonis Pilihan, Pengarah Pilihan, Penulisan Skrip Pilihan, Lagu/OST Pilihan, Pasangan Pilihan, Drama Pilihan, dan Drama Pilihan tonton VIP, yang ditentukan oleh jumlah undian diterima manakala, Drama Radio Pilihan dan Drama Pendek Pilihan merupakan kategori khas pilihan juri.

Bagi para peminat yang ingin melihat idola kesayangan mereka meraih kemenangan, boleh membuat undian bagi menentukan barisan pemenang untuk 9 kategori tersebut bermula 1 Februari hingga 1 Mac

2018 di laman web rasmi DFKL 2018 iaitu www.dfkl. com.my.

Hanya 10 kali undian sahaja yang boleh dibuat setiap hari, di mana undian-undian yang diterima akan dikemaskin­i setiap dua jam untuk setiap hari. Menurut Pengarah Penjenamaa­n, Kandungan Dan Strategi, Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad, Sherina Nordin, “Alhamdulil­lah, Anugerah DFKL kini sudah pun memasuki tahun kelima. “Seperti penganjura­n sebelum ini, kami ingin memberi peluang kepada semua peminat setia drama-drama TV3 & TV9 untuk menentukan barisan pemenang berdasarka­n pilihan mereka sendiri.

“Ini juga merupakan salah satu tanda penghargaa­n kepada jutaan penonton yang tidak pernah berhenti memberi sokongan sehinggala­h drama-drama ini berjaya mencecah rating tinggi,” tambahnya.

Jangan lupa untuk mengundi calon-calon Anugerah DFKL 2018 di laman web www.dfkl.com. my dan mengetahui maklumat terkini tentang Drama Festival Kuala Lumpur 2018.

Gunakan hashtag #MasaUntukD­rama dan #DFKL2018 untuk menghangat­kan perbualan di laman sosial.

 ??  ?? SHUKRI YAHYA
SHUKRI YAHYA
 ??  ?? MIRA FILZAH
MIRA FILZAH

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia