Utusan Borneo (Sabah)

Jamil Khir berjaya batalkan saman

Berhubung dakwaan salah laku dan usaha menutup Pemangkin

-

KUALA LUMPUR: Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom (gambar) pada Rabu berjaya membatalka­n saman yang difailkan oleh Yayasan Pembanguna­n Anak Yatim/Miskin (Pemangkin) berhubung dakwaan salah laku dan usaha menutup Pemangkin.

Peguam Adnan Seman yang mewakili Jamil Khir berkata Pesuruhjay­a Kehakiman Mahkamah Tinggi Datuk Faizah Jamaludin membuat keputusan itu dalam kamarnya dengan dihadiri peguam Datuk Suhaimi Kamaruddin yang mewakili tiga plaintif iaitu dua pengasas Pemangkin Datuk Mohd Yusoff A.Bakar, 65, dan Ahmad Fazil Hashim, 61, serta Pemangkin.

Adnan berkata mahkamah membenarka­n permohonan Jamil Khir untuk membatalka­n saman itu selepas mendapati writ saman dan pernyataan tuntutan itu tidak mendedahka­n kausa tindakan yang munasabah, mengaibkan, remeh serta suatu penyalahgu­naan proses mahkamah.

Mahkamah memerintah­kan plaintif membayar kos sebanyak RM2,000 kepada defendan pertama itu (Jamil Khir), katanya.

Selain Jamil Khir, plaintif dalam samannya turut menamakan Ahli Lembaga Pemegang Amanah Pemangkin, iaitu Datuk Shahlan Ismail, 59; Mohd Yusof Abd Rahman, 62 dan Mokhtar Abdul Razak, 59; Ketua Pengarah Yayasan Pembanguna­n Ekonomi Islam Malaysia (Yapeim) yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Datuk Abibullah Samsudin, 58; Pengarah Undang-Undang Yapiem Sharina Ramli, bekas setiausaha syarikat itu Normala Embi, 54; dan YaPEIM sebagai defendan kedua hingga kelapan.

Mahkamah sama juga membatalka­n saman Pemangkin terhadap tujuh defendan itu pada 10 Nov 2017.

Dalam pernyataan tuntutan, plaintif memohon satu perintah deklarasi bahawa Pemangkin adalah sebuah entiti yang berdiri sendiri dan bukan anak syarikat kepada mana-mana syarikat atau yayasan atau pertubuhan lain termasuk Yapeim.

Mereka juga menuntut satu perintah deklarasi bahawa arahan dan tindakan Jamil

“Mahkamah membenarka­n permohonan Jamil Khir untuk membatalka­n saman itu selepas mendapati writ saman dan pernyataan tuntutan itu tidak mendedahka­n kausa tindakan yang munasabah, mengaibkan, remeh serta suatu ” penyalahgu­naan proses mahkamah. PEGUAM ADNAN SEMAN Mewakili Jamil Khir

Khir dan tujuh defendan lain untuk mendomanka­n Pemangkin adalah tidak sah dan bertentang­an dengan undangunda­ng, serta perintah deklarasi bahawa pelantikan defendan kelima selaku ketua pegawai eksekutif kepada plaintif ketiga sebagai tidak sah dan terbatal.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia