Utusan Borneo (Sabah)

Daftar pemilih: Enam pengundi Segamat gagal cabar keputusan SPR

-

KUALA LUMPUR: Enam pengundi berdaftar kawasan pilihan raya Parlimen Segamat pada Rabu gagal dalam permohonan mereka untuk membatalka­n kemasukan dan/ atau pengekalan 102 nama anggota tentera sebagai pengundi ke dalam Rang Daftar Pemilih Tambahan (RDPT) 2017 di kawasan itu oleh Suruhanjay­a Pilihan Raya (SPR) .

Peguam R.Sivarasa, yang mewakilli enam pengundi itu, berkata Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Wira Kamaludin Md Said menolak permohonan kebenaran bagi semakan kehakiman yang difailkan anak guamnya itu atas alasan pemohon hendaklah menyelesai­kan isu dalaman itu dengan SPR sebelum membawa kes ke mahkamah.

Mahkamah tidak membuat sebarang perintah terhadap kos dan pihaknya akan merayu terhadap keputusan pada Rabu di Mahkamah Rayuan kerana ia melibatkan isu penting, katanya kepada media pada Rabu.

Enam pengundi iaitu Abu Bakar, 55, Azmi Othman, 43, A. Gangadhara­m, 63, Johar Ahmad, 61, Khairudin Sagap, 56, dan Mohd Rizal Mohd Sohot, 46, adalah pemohon dalam kes ini.

Mereka menfailkan permohonan pada 21 Dis 2017 dengan menamakan SPR dan Pendaftar Pemilih Negeri Johor Shafie Taib sebagai responden pertama dan kedua. Mereka antaranya memohon suatu perintah certiorari untuk membatalka­n kemasukan dan/ atau pengekalan 102 nama ke dalam RDPT dan suatu deklarasi bahawa kemasukan nama itu ke dalam RDPT adalah tidak berpelemba­gaan kerana tidak memenuhi keperluan Artikel 119 Perlembaga­an Persekutua­n.-

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia