Utusan Borneo (Sabah)

Amalkan semangat toleransi

Kepelbagai­an kaum model perpaduan rakyat selaras konsep 1Malaysia

- Oleh SALMAN ABADI

RANAU: Kepelbagai­an suku kaum di Sabah khasnya di daerah Ranau merupakan antara model perpaduan rakyat selaras dengan konsep 1Malaysia.

Pegawai Khas Pejabat Parlimen Ranau Japirin Sahadi berkata walaupun berbeza agama, bangsa dan budaya, namun masyarakat Ranau antara yang terbaik kerana memiliki semangat toleransi yang tinggi dan saling menghormat­i antara satu sama lain yang perlu terus dipupuk dan diamalkan.

“Ia juga merupakan keunikan masyarakat pelbagai kaum bukan sahaja di Ranau tetapi juga khasnya di Sabah dan di Malaysia amnya kerana rakyat boleh hidup bersatu secara aman damai dan harmoni walaupun terdiri daripada masyarakat majmuk,” katanya.

Menurutnya, kehidupan yang aman, selesa dan selamat di negara ini perlu dipertahan­kan melalui pengukuhan perpaduan masyarakat serta kestabilan politik dan ekonomi yang hanya boleh dinikmati dengan adanya kerajaan yang baik seperti Barisan Nasional (BN).

Beliau berucap mewakili Ahli Parlimen Ranau pada perasmian Majlis Sambutan Santai Krismas 2017 dan Tahun Baharu 2018 anjuran Sekolah Kebangsaan (SK) Longut, di sini.

Japirin memuji pihak sekolah atas penganjura­n program itu yang bukan sahaja dalam kalangan warga sekolah, malah turut melibatkan masyarakat kampung dan pemimpin setempat.

Katanya, program itu amat baik dalam usaha memupuk semangat perpaduan 1Malaysia komuniti kampung dan juga kakitangan sekolah.

“Syabas dan terima kasih kepada warga sekolah khasnya guru besar sekolah dan komuniti kampung yang bekerjasam­a menjayakan program ini,” katanya.

Beliau menjelaska­n, keperluan pendidikan generasi muda khasnya di kawasan luar bandar akan tetap diutamakan dengan membina bangunan sekolah serta dibekalkan sistem solar untuk menjana kuasa elektrik sebagai kemudahan pembelajar­an dan pengajaran (PdP) para guru di sekolah berkenaan.

Terdahulu, Guru Besar SK Longut Jomining dalam ucapannya merakamkan penghargaa­n dan terima kasih atas kesudian Japirin dan rombongan memeriahka­n program itu.

“Tidak lupa juga warga Kampung Longut yang turut menyumbang tenaga bekerjasam­a menjayakan majlis itu,” katanya.

Menurutnya, walaupun murid sekolah itu hanya berjumlah 26 orang tetapi misi pihak sekolah adalah untuk memajukan pendidikan dan berharap kesemua murid sekolah itu berjaya melanjutka­n pelajaran ke peringkat lebih tinggi.

Katanya, walaupun jumlah murid sekolah itu kecil namun pihak sekolah akan tetap melaksanak­an agenda pendidikan untuk anakanak penduduk di kawasan berkenaan sambil menghargai usaha dan komitmen kerajaan yang tidak mengabaika­n aspek pendidikan khasnya di kawasan luar bandar.

Untuk rekod, SK Longut

“Walaupun berbeza agama, bangsa dan budaya, namun masyarakat Ranau antara yang terbaik kerana memiliki semangat toleransi yang tinggi dan saling menghormat­i antara satu sama lain yang ” perlu terus dipupuk dan diamalkan. JAPIRIN SAHADI Pegawai Khas Pejabat Parlimen Ranau

merupakan sekolah rendah kedua terkecil di daerah Ranau dengan jumlah guru 11 orang, seorang kakitangan bukan mengajar (KTBM) serta 26 murid Tahun 1 hingga 6.

Dalam program yang sama, Pengerusi Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung (JKKK) Longut Marlina Jani mengambil kesempatan menyuaraka­n permasalah­an kampung terutamany­a keperluan pembaikan jalan raya yang rosak akibat cuaca hujan yang tidak menentu.

Japirin memberi jaminan akan membawa perkara itu ke pengetahua­n wakil rakyat dan pihak berwajib seperti Jabatan Kerja Raya (JKR) untuk tindakan sewajarnya bagi membantu meringanka­n beban rakyat dari aspek kemudahan jalan raya.

Sementara itu, Ketua Pemuda Upko Nasional (KPN) Arthur Sen berkata, aspirasi sebuah kemerdekaa­n adalah berlandask­an lima prinsip utama iaitu keselamata­n, kesihatan, pendidikan, kebebasan beragama dan pembanguna­n berterusan. “Melihat keadaan sekolah dan Kg Longut ini, sememangny­a banyak lagi yang perlu disediakan dan saya yakin melalui BN, pembanguna­n berterusan­sertaberpe­ringkatper­ingkat akan sampai juga di sini,” katanya.

Bagaimanap­un katanya, mereka tetap bersyukur kerana yang paling utama ialah dapat hidup aman dan tenteram dalam menjalani pelbagai kegiatan harian termasukla­h sambutan program yang diadakan pada hari berkenaan.

“Walaupun kita berlainan agama serta budaya, kita boleh bersama-sama meraikan pelbagai perayaan di negara kita yang aman kerana anggota pertahanan dan keselamata­n negara seperti tentera dan polis mampu menjaga keselamata­n kita,” katanya.

Beliau turut memuji usaha pihak dan PIBG SK Longut terutama pengerusi penganjur atau guru besar, guru-guru, pengerusi JKKK dan pengerusi PIBG serta masyarakat kampung yang bekerjasam­a menjayakan­nya program berkenaan.

Dalam konteks pendidikan katanya, kerajaan sentiasa memberi keutamaan dalam aspek penyediaan prasarana pendidikan yang lebih baik, termasukla­h pembinaan sebuah MRSM di Ranau yang melibatkan peruntukan RM100 juta.

“Diharapkan dengan adanya MRSM di Ranau itu nanti, pastinya akan lebih memacu pembanguna­n pendidikan khasnya warga tempatan di daerah ini,” katanya.

Pada majlis itu, Japirin dan Arthur mewakili Ewon untuk menyampaik­an sumbangan kepada warga emas di Kampung Longut dan majlis turut diserikan dengan persembaha­n koir oleh murid SK Longut serta para belia di kampung itu.

 ??  ?? SEBAHAGIAN
warga emas dan penduduk Kg Longut yang menghadiri majlis itu.
SEBAHAGIAN warga emas dan penduduk Kg Longut yang menghadiri majlis itu.
 ??  ?? KETUA Menteri Tan Sri Musa Haji Aman dan Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Haji Juhar Mahiruddin menghadiri Mesyuarat Raja-Raja Ke-248 di Istana Negara, Kuala Lumpur pada Rabu.
Mesyuarat itu dipengerus­ikan oleh Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku...
KETUA Menteri Tan Sri Musa Haji Aman dan Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Haji Juhar Mahiruddin menghadiri Mesyuarat Raja-Raja Ke-248 di Istana Negara, Kuala Lumpur pada Rabu. Mesyuarat itu dipengerus­ikan oleh Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku...
 ??  ??
 ??  ?? JAPIRIN menyampaik­an sumbangan kepada seorang warga emas wanita.
JAPIRIN menyampaik­an sumbangan kepada seorang warga emas wanita.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia