Utusan Borneo (Sabah)

Kakitangan, pelajar KTYS lawat Cheshire Home

-

KOTA KINABALU: Kakitangan dan pelajar Kolej Teknikal Yayasan Sabah (KTYS) membawa kegembiraa­n kepada penghuni Cheshire Home, Likas apabila kumpulan itu melawat rumah itu.

Pengurus Komunikasi Korporat KTYS Ellen Sikodol berkata, lawatan itu adalah sebahagian daripada inisiatif tanggungja­wab sosial korporat (CSR) yang dilaksanak­an oleh kolej berkenaan setiap tahun.

Katanya, objektif CSR adalah untuk memberi pendedahan kepada kakitangan dan pelajar KTYS mengenai pentingnya memberi bantuan kepada golongan yang kurang bernasib baik tanpa mengharapk­an apa-apa balasan.

Sebaik tiba di Cheshire Home, rombongan KTYS disambut meriah oleh penghuni dan kakitangan yang kemudian diberi taklimat mengenai sejarah rumah amal berkenaan.

Cheshire Home adalah organisasi amal berdaftar yang menyediaka­n penjagaan dan latihan kediaman kepada mereka yang mempunyai keperluan khusus untuk hidup secara bebas.

KTYS adalah sebuah institusi pengajian tinggi swasta yang dimiliki sepenuhnya oleh Yayasan Sabah.

Ia ditubuhkan pada tahun 1990 dengan objektif utama untuk mempromosi­kan peluang pendidikan dalam kalangan rakyat Sabah, seterusnya meningkatk­an kualiti hidup untuk penduduk Sabah melalui pendidikan­danpembela­jaran sepanjang hayat.

Misi kolej adalah untuk menjadi pusat latihan akademik dan vokasional di rantau ini akan dicapai melaluikur­susyangber­kaitan dengan industri dan untuk menghasilk­an modal insan berkemahir­an selaras dengan kehendak negara.

Kursus-kursus yang ditawarkan di KTYS termasuk Diploma Teknologi Automatif, Diploma Pembinaan Bangunan, Diploma Teknologi Elektrik dan Diploma Pengurusan Perniagaan.

Selain itu, KTYS juga menawarkan kursus jangka pendek untuk kemahiran keusahawan­an seperti jahitan dan sulaman kreatif, alat logam dan ukiran kayu serta lukisan abstrak kain.

Kolej ini mempunyai tiga kampus di mana Kampus Bandaraya Kota Kinabalu terletak di Sembulan manakala Pusat Latihan Kemahiran berpusat di Kepayan dan Kampus Teknikal terletak di Likas.

Untuk maklumat lanjut, lawati www.ktys. edu.my atau facebook @ kolejtekni­kalys.

 ??  ?? ELLEN (lapan kanan) menyampaik­an sebahagian barangan keperluan kepada wakil Cheshire Home (enam kiri). Turut kelihatan kakitangan dan penghuni Cheshire Home serta kakitangan dan pelajar KTYS.
ELLEN (lapan kanan) menyampaik­an sebahagian barangan keperluan kepada wakil Cheshire Home (enam kiri). Turut kelihatan kakitangan dan penghuni Cheshire Home serta kakitangan dan pelajar KTYS.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia