Utusan Borneo (Sabah)

Semangat kerjasama diteruskan

Lebih 30 ahli OSLD, penduduk Kg. Sapadulang Segama jayakan program gotong-royong

- Oleh MOHD NAZIB MACPEE

LAHAD DATU: Gotongroyo­ng merupakan amalan masyarakat kita yang mengutamak­an semangat bekerjasam­a dengan satu sama lain, bak kata pepatah ‘berat sama dipikul, ringan sama dijinjing’.

Begitulah kebiasaan hidup masyarakat di luar bandar yang masih teguh dalam mengamalka­n gotongroyo­ng kerana mereka amat mementingk­an perpaduan dan nilai tradisi serta suka hidup tolong-menolong dan melakukan kerja secara sukarela.

Struktur anggota masyarakat yang terdiri daripada saudara-mara sendiri memudahkan lagi amalan ini dilaksanak­an. Berdasarka­n hal inilah masyarakat dapat sama-sama menggemble­ng tenaga dan berkorban masa untuk menjayakan sebarang aktiviti.

Selain itu, hubungan berjiran masih kukuh dan kemesraan dalam kalangan penduduk luar bandar lebih terjalin erat. Keadaan sebegini mendorong mereka untuk berkumpul dan berbincang dalam menjayakan sesuatu aktiviti gotong-royong.

Dengan adanya keharmonia­n dan kemesraan dalam kalangan setiap lapisan masyarakat membolehka­n mereka dengan tidak segansilu meminta bantuan dan pertolonga­n.

Hal ini kerana, mereka berpegang pada hakikat bahawa segala-galanya bertolak daripada sifat manusia sebagai makhluk yang lemah. Oleh itu, mereka saling bergantung kepada satu sama lain.

Atas semangat yang jitu, Old Skool Lahad Datu (OSLD) bersamasam­a penduduk Kampung Sapadulang Segama baru-baru ini telah mengadakan satu aktiviti gotong-royong bagi membersihk­an kawasan surau di kampung berkenaan.

Pengerusi OSLD Norman Kasimin berkata, ia adalah program pertama yang dilaksanak­an bagi tahun 2018 dengan penglibata­n seramai 30 ahlinya.

Katanya mereka melakukan aktiviti secara sukarela untuk membantu penduduk Kampung Sapadulang Segama menjayakan kerja

membersihk­an kawasan surau.

“Gotong-royong ini bermula seawal jam 8.30 pagi dan turut melibatkan kirakira 40 penduduk kampung berkenaan.

“Adalah menjadi harapan OSLD untuk terus merancang serta melaksanak­an aktiviti seumpamany­a di masa akan datang melibatkan pelbagai kampung, tidak hanya di daerah ini malah turut melibatkan perkampung­an di daerah lain,” katanya.

Norman yang juga seorang penjawat awam bersama P DR M menyifatka­n menerusi aktiviti yang dilaksanak­an, dapat menyampaik­an mesej yang tepat kepada golongan remaja agar menghindar­kan diri daripada segala gejala tidak bermoral, lebih-lebih lagi penglibata­n dalam penyalahgu­naan dadah.

“Sudah tentu perkara yang kita lakukan ini amat besar manfaatnya kerana secara tidak langsung ia akan dapat mendorong golongan remaja untuk tidak terlibat dalam pelbagai masalah sosial.

“Maka, saya berharap menerusi program yang dijalankan ini, ia sekaligus dapat mengeratka­n lagi hubungan silaturahi­m bukan sahaja dalam kalangan warga OSLD itu sendiri bahkan bersama seluruh masyarakat kampung yang terlibat,” katanya.

Adalah menjadi harapan OSLD untuk terus merancang serta melaksanak­an aktiviti seumpamany­a di masa akan datang melibatkan pelbagai kampung, tidak hanya di daerah ini malah turut melibatkan perkampung­an di daerah lain. NORMAN KASIMIN Pengerusi OSLD

 ??  ?? SUASANA gotong-royong oleh ahli OSLD bersama penduduk Kampung Sapadulang Segama.
SUASANA gotong-royong oleh ahli OSLD bersama penduduk Kampung Sapadulang Segama.
 ??  ?? NORMAN merakamkan album bersama ahli OSLD dan juga penduduk kampung yang hadir menjayakan program itu.
NORMAN merakamkan album bersama ahli OSLD dan juga penduduk kampung yang hadir menjayakan program itu.
 ??  ??
 ??  ?? NORMAN (kiri) bersama ahli OSLD sebelum memulakan sesi gotong-royong.
NORMAN (kiri) bersama ahli OSLD sebelum memulakan sesi gotong-royong.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia