Utusan Borneo (Sabah)

24.5 juta rakyat Malaysia guna Internet pada 2016

-

KUCHING: Tinjauan Penguna Internet 2017 yang dilakukan oleh Suruhanjay­a Komunikasi dan Multimedia Malaysia(SKMM)mendapati 24.5 juta rakyat Malaysia atau 76.9 peratus menggunaka­n Internet pada 2016.

Pada tahun sama, 28.5 juta pelanggan jalur lebar bergerak berbanding 2.5 juta pelanggan jalur lebar tetap.

Perkara itu didedahkan oleh Menteri Muda Kerajaan Tempatan Datu Dr Penguang Manggil semasa Sesi Taklimat Produk dan Makan Tengah Hari Sacofa Sdn Bhd (SACOFA) bersama pemaju hartanah di sebuah hotel di sini pada Selasa.

“Adalah tidak salah untuk mengatakan penyambung­an Internet telah menjadi perkhidmat­an penting sama seperti bekalan air dan elektrik.

“Oleh itu, semua pihak berkepenti­ngan di negeri ini memainkan peranan penting untuk menyediaka­n penyambung­an Internet yang baik kepada pengguna tidak kira di bandar mahupun luar bandar,” katanya.

Beliau memberitah­u tinjauan itu turut mendapati penyertaan pengguna dalam e-dagang menunjukka­n peningkata­n kepada 48.8 peratus berbanding 35.5 peratus berbanding tahun sebelumnya (2015).

Halangan utama kepada pengadapta­sian e-dagang ialah pelanggan lebih memilih untuk mendapatka­n barangan di kedai, kurang keyakinan dan kemahiran serta bimbang dengan aspek keselamata­n juga privasi.

“Pemindahan atau transaksi perbankan dalam talian adalah cara pembayaran paling biasa dilakukan untuk beli-belah dalam talian iaitu 68.8 peratus diikuti transaksi perbankan menerusi ATM (Automatic Teller Machine)sebanyak 48.8 peratus.

“Penggunaan telefon pintar yang tinggi dalam kalangan pengguna Internet, merupakan kemudahan dan interaktiv­iti untuk ekonomi digital berjaya,” jelasnya.

Bagaimanap­un ujarnya, kebimbanga­n dari segi keselamata­n dan privasi penggunaan­nya menjadi penghalang utama kepada pengguna melakukan aktiviti e-dagang.

Menurutnya kesedaran untuk melaporkan insiden jenayah siber kepada pihak berkuasa dalam kalangan mangsa juga masih rendah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia