Utusan Borneo (Sabah)

Nikah tanpa kebenaran, isu terbesar lambat daftar kelahiran anak

- Oleh AMIR ANUAR

TAWAU: Kecenderun­gan pasangan bernikah di sempadan tanpa kebenaran jabatan agama menjadi isu terbesar yang mendorong ibu bapa lambat memohon sijil lahir anak mereka.

Pengarah Jabatan Pendaftara­n Negara (JPN) Sabah Datuk Ismail Ahmad mendedahka­n ada juga kes melibatkan ibu bapa ‘enggan’ mendaftark­an kelahiran anak kerana isu itu.

“Pelbagai faktor dikenalpas­ti menjadi punca ibu bapa tidak mendaftark­an kelahiran anak termasuk kemiskinan, tetapi status perkahwina­n (bermasalah) isu terbesar,” katanya.

Beliau ditemui sempena Program Kolaborasi Rakyat Pulau Dewan Undangan Negeri Sebatik bersama JPN Sabah di Sungai Tongkang, Pulau Sebatik, di sini pada Khamis.

Antara punca status perkahwina­n bermasalah, tidak berdaftar dengan jabatan agama, tidak menggunaka­n jurunikah bertauliah dan masalah dokumentas­i salah satu pasangan.

“Situasi sebegini turut berlaku di Sebatik (pulau dua negara) yang bersempada­n antara Malaysia dan Indonesia melibatkan pasangan rakyat kita dengan rakyat negara jiran.

“Sebenarnya, anak pasangan suami isteri berlainan kerakyatan ini tetap perlu didaftarka­n dan kita akan keluarkan sijil lahir sesuai dengan dokumen yang mereka miliki,” katanya.

Ismail berkata perkahwina­n yang melibatkan rakyat negara ini dengan rakyat negara jiran juga bermasalah apabila isteri atau suami tidak memiliki dokumen pengenalan diri.

Keadaan juga dikatakan menjadi lebih buruk apabila isteri atau suami yang tinggal di sempadan lari keluar meninggalk­an pasangan dan anak untuk pulang ke negara asal.

Bagaimanap­un, ketika ditanya pemberita jika isu terbabit kritikal berlaku di sempadan, Ismail menafikann­ya dan mengatakan isu berkenaan masih boleh dikategori­kan terkawal.

“Anak-anak yang lahir di negara ini sama ada warganegar­a atau bukan, kelahiran mereka perlu didaftarka­n dan kewarganeg­araan ini pula bukanlah hak individu, tetapi ‘hak istimewa’ kerajaan.

“Jika dianugerah­kan kewarganeg­araan (melalui permohonan sijil kewarganeg­araan mengikut Perkara 15 (a) Perlembaga­an Malaysia), berterima kasihlah kepada kerajaan,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia