Utusan Borneo (Sabah)

Dua anggota polis didakwa terima rasuah RM10,000

-

SEREMBAN: Dua anggota polis berpangkat koperal dan konstabel mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini Khamis atas tiga pertuduhan menerima rasuah berjumlah R M 10,000, daripada seorang peniaga, empat tahun lepas.

Koperal Mohd Fairuz Abd Jalil, 37, dan Konstabel Norfazliza­n Mat Zain, 34, membuat pengakuan itu selepas semua pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa di hadapan Hakim Fathiyah Idris.

Mengikut pertuduhan, mereka berdua didakwa secara bersama menerima RM3,000, RM5,000 dan RM2,000 daripada peniaga Chan Heng Loy, 63, sebagai dorongan untuk melepaskan, menyelesai­kan dan tidak mengambil tindakan kerana membawa dan menjual rokok seludup di sekitar Taman Kiara, Sikamat, Seremban.

Kesemua kesalahan itu dilakukan di Balai Polis Sikamat, sebelah bangunan Kedai Serbaneka Seven Eleven, Taman Sri Pulai, Sikamat dan Pangsapuri Markisa, Berek Balai Polis Sikamat, masing-masing pada 7.30 malam dan 7.40 malam, 7 Dis 2014 dan 4.20 petang, 31 Dis 2014.

Mohd Fairuz dan Norfazliza­n yang bertugas di Bahagian Tugasan Am Balai Polis Sikamat, Seremban didakwa mengikut Seksyen 17(a) Akta Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 24 akta sama, yang memperuntu­kkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 yang mana lebih tinggi.

Timbalan Pendakwa Raya SPRM, Nurdiyanah Mohd Nawawi memohon mahkamah menawarkan jaminan RM30,000 dengan seorang penjamin dan pasport tertuduh diserahkan kepada mahkamah sehingga kes selesai ke atas Mohd Fairuz manakala RM21,000 dengan seorang penjamin ke atas Norfazliza­n.

Mohd Fairuz dalam rayuannya melalui peguam Mohd Haijan Omar memohon mahkamah menetapkan jumlah jaminan rendah memandangk­an dia telah pun ditamatkan perkhidmat­an serta perlu menanggung isteri yang tidak bekerja dan empat anak yang masih kecil.

Norfazliza­n pula yang tidak diwakili peguam memohon mahkamah memberikan jumlah jaminan yang rendah memandangk­an beliau perlu menanggung tiga anak yang masih kecil dan isteri yang tidak bekerja.

Fathiyah bagaimanap­un meminta supaya surat pemberhent­ian kerja diserahkan kepada mahkamah.

Beliau kemudian membenarka­n keduadua tertuduh diikat jamin RM15,000 seorang bagi ketiga-tiga pertuduhan dengan seorang penjamin. Mohd Fairuz membayar jaminan.

Mahkamah menetapkan 9 Mac sebutan semula kes.Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia