Utusan Borneo (Sabah)

Perubahan sikap kunci utama

Minimakan kecederaan parah, kematian akibat kemalangan jalan raya

- Oleh NOORASVILL­A MUHAMMA

SANDAKAN: Perubahan sikap pengguna jalan raya merupakan kunci utama dalam usaha meminimaka­n kecederaan parah serta kematian akibat kemalangan jalan raya.

Pembantu Menteri Pembanguna­n Infrastruk­tur Datuk Bobbey Ahfang Suan juga percaya pendekatan pendidikan melalui kempen yang melibatkan pelbagai pihak, penguatkua­saan serta sokongan ke atas Kempen Keselamata­n Pengguna Jalan Raya yang dilaksanak­an secara berterusan akan dapat menurunkan lagi kadar kecederaan parah dan kematian di negeri ini sehingga 50 peratus menjelang 2020.

Berdasarka­n statistik Jabatan Siasatan dan Penguatkua­saan Trafik Bukit Aman, 17,244 kes kemalangan telah berlaku di negeri ini tahun lalu dengan 351 kematian dan 473 kecederaan parah.

“Mengikut Buku Statistik Keselamata­n Jalan Raya, sebanyak 392 kematian akibat kemalangan jalan raya direkodkan di Sabah pada 2015 dan jumlah itu menurun kepada 379 pada 2016 manakala, statistik bagi 2017 pula, sebanyak 351 kadar kematian direkodkan.

“Situasi ini menunjukka­n trend kematian akibat kemalangan jalan raya di Sabah semakin menurun. Sekiranya penurunan ini kekal sehingga berakhirny­a Tahun Baharu Cina pada tahun ini, ia menunjukka­n program kesedaran yang dilaksanak­an sehingga kini telah berjaya,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas melancarka­n Kempen Keselamata­n Pengguna Jalan Raya sempena perayaan Tahun Baharu Cina Peringkat Negeri Sabah Tahun 2018 di Batu 4, Jalan Utara di sini pada Khamis.

Kempen itu dilaksanak­an hasil kerjasama antara Jabatan Keselamata­n Jalan Raya (JKJR) Sabah dengan Allianz General Insurance Company (Malaysia) Berhad dan Majlis Keselamata­n Jalan Raya (MKJR) Sabah serta rakanrakan strategik seperti Jabatan Pengangkut­an Jalan (JPJ) Sabah, Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kontinjen Sabah, Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdaganga­n (LPKP) Sabah, Majlis Perbandara­n Sandakan (MPS) serta Puspakom.

Bobbey yang juga Timbalan Pengerusi MKJR Sabah berkata, kempen berkenaan wajib dilaksanak­an untuk memberi kesedaran kepada semua pengguna jalan raya dan pihaknya mengalu-alukan kesedaran serta penglibata­n badan bukan kerajaan, pihak korporat serta syarikat-syarikat swasta untuk mengambil aspek keselamata­n jalan raya sebagai salah satu program tanggungja­wab korporat sosial.

Objektif utama program itu adalah untuk menyeru kepada pengguna jalan raya agar menitikber­atkan perancanga­n dan persediaan sebelum memulakan perjalanan yang panjang terutama keselamata­n kenderaan dan kesihatan pemandu sendiri; menyampaik­an mesej kepada pengguna jalan raya supaya berhati-hati dan mengamalka­n budaya yang selamat, berhemah serta mematuhi peraturan jalan raya; serta memberi kesedaran mengenai keselamata­n jalan raya adalah keutamaan untuk menghargai nyawa sendiri dan pengguna yang lain.

Selain itu, program juga bertujuan mewujudkan kolaborasi erat antara jabatan kerajaan, pihak swasta dan orang ramai mengenai promosi secara berterusan kempen keselamata­n pengguna jalan raya; serta meneruskan kesinambun­gan kempen #SaveLives dan #PalanPalan­Bah.

Hadir sama, Pengarah JKJR Sabah Janet David, Pengurus Cawangan Sandakan, Allianz General Insurance Company (Malaysia) Berhad Michael Raymond Tan, Pengurus Puspakom Sandakan Suhatman Lambu serta wakil PDRM Sandakan dan LPKP Sandakan.

“Mengikut Buku Statistik Keselamata­n Jalan Raya, sebanyak 392 kematian akibat kemalangan jalan raya direkodkan di Sabah pada 2015 dan jumlah itu menurun kepada 379 pada 2016 manakala, statistik bagi 2017 pula, sebanyak 351 kadar kematian direkodkan.

DATUK BOBBEY AHFANG SUAN Pembantu Menteri Pembanguna­n Infrastruk­tur

 ??  ?? BOBBEY (empat kiri) mendengar taklimat mengenai Kempen Keselamata­n Pengguna Jalan Raya.
BOBBEY (empat kiri) mendengar taklimat mengenai Kempen Keselamata­n Pengguna Jalan Raya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia