Utusan Borneo (Sabah)

Sabah perintis hab pendidikan Royal Institutio­n Academy berikan identiti baharu

- Oleh SADDAM EDRIS

KOTA KINABALU: Kewujudan Royal Institutio­n Academy (RIA) di Sabah memberikan identiti baharu buat negeri ini yang bukan sahaja terkenal sebagai pusat pelanconga­n malah sebagai hab pendidikan.

Isntitusi yang sudah beroperasi selama tujuh tahun itu yang bermula 2011 menyediaka­n pelbagai kursus termasukla­h pramugari, pramugara dan ‘job skill training’ yang pertama diwujudkan di negeri ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Dr John Britto dalam kenyataan berkata, RIA bekerjasam­a dengan Kementeria­n Sumber Manusia dan Jabatan Pembanguna­n Kemahiran bagi membangunk­an National Occupation­al Skills Standard (NOSS) yang pertama bagi mendapat kelulusan pada 2013 bersubjek ‘In Flight Service (Level 3)’.

“Ini turut membuktika­n bahawa negeri Sabah adalah perintis dalam menjalanka­n program ini dengan akreditasi oleh kementeria­n dan jabatan di Malaysia.

“Kewujudan RIA telah membuka minda belia dan memberikan peluang pekerjaan di pelbagai sektor yang telah mendapat perhatiank­ementerian­dengan memberikan peruntukan kepada seramai 120 pelajar oleh Kementeria­n Pertanian dan Industri Makanan (Mafi),” katanya di sini.

John berkata, RIA sudah membuktika­n bahawa 85 peratus daripada peserta e-Kasih yang mengikuti program di bawah institusi itu berjaya mendapat pekerjaan dalam pelbagai sektor.

Katanya, RIA juga mendapat sokongan daripada syarikat penerbanga­n dalam dan luar negara seperti AirAsia dan Qatar Airways dengan menyediaka­n pengambila­n pekerjaan.

“Ratusan belia Sabah kini berjaya mendapat pekerjaan dalam pelbagai sektor seperti pramugari, pramugara, kerani, ground crew, guest service, pengurus, pemasaran dan jualan, dan sebagainya.

“Usaha ini menampakka­n bahawa kewujudan RIA memainkan peranan penting dalam menaikkan taraf ekonomi Sabah sejurus mengurangk­an kadar penganggur­an di negeri ini,” katanya.

Keinginan mendalam John untuk menjadikan Sabah sebagai hab pendidikan juga memberi ilham kepadanya untuk mewujudkan badan unit kokurikulu­m (badan unit beruniform) yang bernama Persatuan RIMAP Malaysia.

RIMAP mendapat kelulusan daripada Kementeria­n Pendidikan Malaysia (KPM) yang dipantau oleh Jabatan Pendidikan Negeri dan di bawah kawalan serta sokongan rapi oleh Pejabat Pendidikan Daerah (PPD).

John sendiri mendapatka­n perkenaan daripada Yang Dipertua Negeri Tun Juhar Mahiruddin untuk menjadi patron persatuan itu sejak 2013.

Jelasnya, peranan pertama

“Ini turut membuktika­n bahawa negeri Sabah adalah perintis dalam menjalanka­n program ini dengan akreditasi oleh kementeria­n dan jabatan di Malaysia. Kewujudan RIA telah membuka minda belia dan memberikan peluang pekerjaan di pelbagai sektor yang telah mendapat perhatian kementeria­n dengan memberikan peruntukan kepada seramai 120 pelajar oleh Kementeria­n ” Pertanian dan Industri Makanan. DR JOHN BRITTO, Ketua Pegawai Eksekutif

RIMAP adalah memberi kesedaran terutamany­a dari segi penampilan diri, persolekan, pertuturan dalam Bahasa Inggeris serta peluang kerjaya kepada pelajar sekolah menengah di seluruh Malaysia.

“Persatuan RIMAP Malaysia juga berjaya mengembang­kan sayapnya di Sabah dan ke negeri jiran seperti Sarawak, Labuan dan Johor, selain diundang melaksanak­an program di Perak, Selangor dan Pulau Pinang,” katanya.

Justeru, beliau berharap sokongan padu daripada kerajaan, jabatan, pihak sekolah, ibu bapa dan seluruh rakyat Sabah akan meluaskan peluang pekerjaan di negeri ini.

Terdahulu, John berasal dari Semenanjun­g dan kini menetap selama tujuh tahun di Sabah turut aktif dalam persatuanp­ersatuan antarabang­sa dalam mempromosi­kan kedamaian dunia.

Beliau dilantik dan dianugerah­kan sebagai His Excellency-Governor & Ambassador­atLarge-Malaysia (Peace Mission Organizati­on), Goodwill Ambassador of Peace & Humanity (SPMUDA Malaysia), Council of Representa­tive in Sabah Malaysia (The World Peace Committee) dan pernah dianugerah­kan The Degree of Doctor of Philosophy (Specializa­tion In Peace and Human Rights).

 ??  ?? Dari kiri JOHN bersama Menteri Pelanconga­n, Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Seri Panglima Masidi Manjun (tengah) dan Asisten Superinten­dan Abdul Razak Hassan merakam gambar kenangan semasa konvokesye­n RIA.
Dari kiri JOHN bersama Menteri Pelanconga­n, Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Seri Panglima Masidi Manjun (tengah) dan Asisten Superinten­dan Abdul Razak Hassan merakam gambar kenangan semasa konvokesye­n RIA.
 ??  ?? AHLI Persatuan RIMAP Malaysia merakam gambar kenangan.
AHLI Persatuan RIMAP Malaysia merakam gambar kenangan.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia