Utusan Borneo (Sabah)

KKLW ambil pendekatan agresif

Pantau projek pembanguna­n luar bandar

-

KUCHING: Prestasi pelaksanaa­n projek atau program negeri Sarawak di bawah Kementeria­n Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) setakat ini berjalan lancar, kata menterinya Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Daripada 81 projek yang diluluskan bagi Rolling Plan ke-2 (RP2) dalam Rancangan Malaysia Ke11 (RMK11) tahun 2017, dengan peruntukan sebanyak RM1.06 billion untuk Sarawak, 17 projek berstatus Dahulu Jadual (DJ), 15 projek berstatus Ikut Jadual (IJ) dan sembilan projek, telah siap sepenuhnya.

“KKLW akan terus memainkan peranan dan mengambil pendekatan lebih agresif untuk memantau projek pembanguna­n seperti jalan, elektik, air dan lainlain agar dapat dilaksanak­an dengan pantas berdasarka­n keutamaan dan keperluan penduduk luar bandar,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri Mesyuarat Jawatankua­sa Tertinggi Bersama Perancanga­n dan Pemantauan Projek KKLW – Kerajaan Negeri Sarawak (JTB KKLW – SARAWAK) di sini, Khamis.

Ismail Sabri berkata dalam Bajet 2018, KKLW kekal sebagai kementeria­n yang kedua tertinggi menerima peruntukan Belanja Pembanguna­n, iaitu sebanyak RM3.87 bilion bagi melaksanak­an 650 projek pembanguna­n yang melibatkan 178 projek baharu dan 472 projek sambungan.

“Daripada jumlah itu, Sarawak mendapat agihan sejumlah RM1.102 bilion iaitu 28.48 peratus daripada jumlah keseluruha­n peruntukan Belanja Pembanguna­n.

“Dalam RP3, sejumlah RM400 juta untuk Bekalan Elektrik Luar Bandar, RM138.04 juta untuk Bekalan Air Luar Bandar, RM136.90 juta untuk Jalan Luar Bandar, RM38 juta Program Jalan Kampung dan RM7 juta untuk Program Ameniti Sosial. Manakala untuk projek di bawah agensi kerajaan negeri, Jabatan Pertanian Sarawak mendapat agihan peruntukan RM17.84 juta, Lembaga Kemajuan Tanah Sarawak RM3 juta, Lembaga Kemajuan Bintulu RM4 juta dan Lembaga Pemulihan dan Penyatuan Tanah Sarawak (SALCRA) RM 18.6 juta,” ujarnya.

Menjelang tahun 2025, katanya,KKLWmenyas­arkan projek pembanguna­n elektrik luar bandar mencapai tahap 90 peratus siap manakala 61 peratus untuk bekalan air bersih.

Hadir sama, Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas. -Bernama

“KKLW akan terus memainkan peranan dan mengambil pendekatan lebih agresif untuk memantau projek pembanguna­n seperti jalan, elektik, air dan lain-lain agar dapat dilaksanak­an dengan pantas berdasarka­n keutamaan dan ” keperluan penduduk luar bandar.

DATUK SERI ISMAIL SABRI YAAKOB Menteri Luar Bandar dan Wilayah

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia