Utusan Borneo (Sabah)

Maxis rekod peningkata­n untung selepas cukai RM2,086 juta

2017 tahun kukuh dengan pelbagai pencapaian yang membanggak­an: Morten

-

KUCHING: Maxis merekodkan peningkata­n keuntungan selepas cukai (PAT) sebanyak 5.5 peratus kepada RM2,086 juta bagi tahun 2017.

Kenyataan akhbar yang dikeluarka­n semalam menyatakan jumlah itu meningkat berbanding RM1,997 juta pada tahun lalu berikutan perolehan sebelum faedah, cukai, susut nilai dan pelunasan (EBITDA) yang lebih tinggi.

Katanya, hasil perkhidmat­an terus meningkat secara positif dalam pasaran yang menurun sebanyak 0.8 peratus kepada RM8,525 juta daripada RM8,455 juta tahun 2016 disokong oleh peningkata­n kukuh dalam perkhidmat­an pascabayar dan bersepadu. “Pascabayar menyumbang­kan peningkata­n sebanyak 4.2 peratus dengan hasil sebanyak RM4,117 juta berbanding RM3,951 juta tahun lalu dengan asas langganan yang kukuh melebihi dua juta pelanggan MaxisONE bulanan sebanyak RM117.

“Manakala hasil prabayar merosot sebanyak 3.7 peratus kepada RM3,849 juta berbanding RM3,997 juta setahun yang lalu disebabkan oleh asas langgan yang rendah. Ini berikutan persaingan harga yang agresif, perpindaha­n pelanggan prabayar kepada pascabayar dan penyatuan SIM di pasaran.

“Justeru, Maxis akan terus memberi fokus dalam mengekalka­n dan mengembang­kan pelanggan berkualiti kami, khususnya para pengguna Internet mudah alih yang lebih tinggi,” menurut kenyataan akhbar itu lagi.

Selain itu katanya, EBITDA dinormalka­n meningkat sebanyak 2.1 peratus ke RM4,597 juta dari RM4,502 juta tahun lalu, mencermink­an hasil yang lebih tinggi dan kesan positif dari inisiatif pengoptimu­man kos.

“Margin EBITDA (di atas hasil perkhidmat­an) adalah kukuh pada 53.9 peratus berbanding 53.2 peratus pada tahun lalu,” ujarnya.

Tambahnya lagi, Maxis mengisytih­arkan dividen interim keempat sebanyak lima sen bersih sesaham menjadikan dividen tahun penuh sebanyak 20 sen bersih sesaham bagi tahun 2017.

Dalam pada itu, katanya, bagi suku keempat 2017 berbanding suku keempat tahun ini, hasil perkhidmat­an merosot sebanyak 2.1 peratus ke R M 2,119 juta dari R M 2,165 juta terutama disebabkan oleh hasil prabayar yang lebih rendah.

Menurutnya, EBIDTA yang dinormalka­n adalah lebih rendah pada RM1,169 juta berbanding RM1,187 juta.

“Ini disebabkan jumlah hasil yang lebih rendah, kos operasi dan penyelengg­araan satu kali dan kerugian pertukaran asing yang lebih tinggi pada suku keempat 2017.

“Sementara PAT yang dinormalka­n menurun dua peratus kepada RM537 juta berbanding RM548 juta disebabkan oleh EBITDA yang lebih rendah,” ujarnya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Maxis Berhad, Morten Lundal memberitah­u tahun 2017 merupakan tahun yang kukuh dengan pelbagai pencapaian yang membanggak­an.

“Kami telah menambah bahagian pasaran bagi hasil dan juga keuntungan selain turut membangunk­an rangkaian 4G LTE kami yang tiada tandingan sebagai rangkaian data terbaik dan terpantas di negara ini.

“Secara keseluruha­nnya, pelanggan kami menikmati lebih banyak data berkualiti, produk-produk menarik serta sambungan yang hebat. Justeru, kami amat berbangga kerana telah mencapai kepuasan pelanggan yang paling tinggi pernah direkodkan,” ujarnya.

Tambahnya lagi, Maxis berada dalam kedudukan yang baik ke arah cita-cita kami untuk mendigital­kan Maxis sepenuhnya.

“Secara keseluruha­n, ini adalah satu penamat yang kukuh bagi satu tahun yang amat baik,” katanya.

 ??  ?? MORTEN
MORTEN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia