Utusan Borneo (Sabah)

Penggubala­n undang-undang berita palsu tidak seperti ISA: Azalina

-

PUTRAJAYA: Penggubala­n undang-undang baharu bagi mengekang penyebaran berita palsu tidak seperti Akta Keselamata­n Dalam Negeri (ISA) yang menyekat kebebasan bersuara dan tahanan tanpa bicara, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Azalina Othman Said pada Jumaat.

Beliau berkata cadangan penggubala­n akta baharu seharusnya disambut baik oleh semua pihak termasuk pembangkan­g kerana ia dibuat berdasarka­n kepada trend semasa dan kesannya yang besar terhadap negara.

Menyatakan­rasaterkil­annya terhadap dakwaan Pengerusi Pakatan Harapan, Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa undang-undang itu untuk menyekat rakyat daripada mengkritik kerajaan, Azalina berkata: “Ini adalah isu global dan negara luar juga mengambil langkah yang sama untuk membendung isu ini”.

Azalinadal­amsatukeny­ataan hari ini turut menegaskan bahawa penggubala­n undang-undang mengekang penyebaran berita palsu itu masih belum muktamad.

Beliau berkata jawatankua­sa khas yang ditubuhkan masih lagi mengadakan rundingan dan perbincang­an bersama-sama pihak-pihak berkepenti­ngan sebelum diputuskan oleh mesyuarat Kabinet.

“Justeru adalah tidak adil untuk mana-mana pihak menghakimi usaha murni kerajaan ini kerana proses itu masih lagi berjalan dan kerjasama semua pihak diperlukan untuk menangani isu ini secara berkesan dan komprehens­if,” katanya.

Azalina berkata Dr Mahathir sebagai mantan perdana menteri dan juga bekas anggota Parlimen lebih 20 tahun seharusnya melihat usaha tersebut tanpa prasangka buruk kerana ia dibuat dengan niat untuk kesejahter­aan rakyat dan keselamata­n negara.

Beliau berkata sesiapa sahaja boleh menjadi mangsa kepada berita palsu termasuk Dr Mahathir sendiri.

“Berita palsu juga dilihat sebagai strategi perang baharu yang boleh memusnahka­n negara dengan hanya di hujung jari,” katanya.-Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia