Utusan Borneo (Sabah)

Warga emas pernah jadi hamba abdi tentera Jepun

- Oleh JAINUDIN NASIR

RANAU: Seorang warga emas Gaulu Gentiban 85, berasal dari Kg.Nampasandi sini, berhijrah ke Kg.Napong 1, di daerah yang sama pernah menghadapi peristiwa hitam bersama warga kampungnya ketika Perang Dunia Kedua sekitar tahun 1945.

Pada ketika itu beliau berusia 15 tahun, pernah menjadi hamba abdi tentera Jepun yang ganas, kejam dan jahil.

Gaulu menceritak­an situasi di zaman itu amat mencemaska­n dan mengerikan kerana tentera Jepun tergamak membunuh individu yang ingkar terhadap arahan mereka. Menurutnya, pengalaman menjadi seorang hamba abdi selama tigatahuni­tuamatmeny­ayat hati apabila melihat ramai saudara mara telah menjadi korban pembunuhan selain tentera Jepun turut memperkosa wanita tanpa mengira usia.

“Kalau boleh saya pun mahu membunuh tentera Jepun itu, namun tidak berdaya kerana saya takut nyawa kedua orang tua saya terancam,” jelas Gaulu yang tidak punyai anak dan kematian isteri sejak 2011.

Demikian yang Gaulu sempat ceritakan kepada penulis mengenai rentetan kehidupan zaman perang Jepun, dan kenangan pahit Gaulu di musim itu masih segar dalam lipatan sejarah hidupnya.

Beliau yang kini menetap di Kg. Napong 1 Ranau berkongsi kesyukuran dan perasaan bertuah kerana zaman sudah jauh berubah.

Katanya, rakyat negara ini sudah menikmati keamanan, keharmonia­n, kedaulatan dan sudah mencapai kemerdekaa­n daripada kuasa penjajah dan kini memiliki kerajaan yang stabil berupaya membela nasib dan kebajikan rakyat menerusi arus perdana pembanguna­n mapan.

 ??  ?? GAULU
GAULU

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia