Utusan Borneo (Sabah)

Warga Politeknik PD baik pulih 44 rumah daif

-

PORT DICKSON: Warga Politeknik Port Dickson (Politeknik PD) telah membaik pulih 44 rumah daif, melibatkan peruntukan RM195,000 sejak Oktober lepas.

Anggota Dewan Undangan Negeri Linggi Datuk Abdul Rahman Mohd Redza berkata seramai 130 pensyarah dan pelajar Politeknik PD terlibat dalam program yang selaras dengan falsafah kerajaan negeri ini iaitu ‘Memakmurka­n Negeri dan Mensejahte­rakan Rakyat’.

“Antara kerosakan yang dibaik pulih ialah bumbung bocor, dinding rosak, tandas, sistem pendawaian elektrik dan apa-apa sahaja yang melibatkan aspek keselamata­n penduduk rumah tersebut.

“Kami menerima peruntukan daripada Unit Pelakasana­an dan Pemantauan bawah Jabatan Perdana Menteri,” katanya kepada pemberita selepas Penutup Program Tanggungja­wab Sosial Korporat (CSR) Baik Pulih Rumah Penduduk Parlimen Teluk Kemang, di sini pada Jumaat.

Sementara itu, seorang

ABD Rahman (kanan) bersama Pegawai Kemajuan Negeri Unit Penyelaras­an Pelaksanaa­n Datuk Ali Luman (tengah) dan pemilik rumah Yati Jamaluddin melihat kawasan dapur yang dibaik pulih menerusi Program Tanggungja­wab Sosial Korporat (CSR) Baik Pulih Rumah Penduduk di Kampung Sungai Raya pada Jumaat. -Gambar Bernama

pemilik rumah, Yati Jamaluddin, 34, berkata bantuan baik pulih rumahnya yang daif ini sedikit sebanyak telah meringanka­n bebannya.

“Saya sekeluarga mengucapka­n terima kasih kepada kerajaan kerana memberi bantuan ini. Keadaan rumah saya sebelum ini agak teruk dengan bumbung bocor, dinding rosak dan cermin pecah,” katanya.

Yati, yang bekerja sebagai pekerja pembersiha­n, mendiami rumah itu bersama tujuh anggota keluarga lain iaitu suami, tiga anak, ibu yang uzur serta kakak dan abangnya yang juga orang kelainan upaya. -Bernama

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia