Utusan Borneo (Sabah)

Cubaan PTI masuk negeri dipatahkan

-

SERIAN: Hasrat tujuh pendatang asing tanpa izin (PTI) untuk bekerja di negeri ini tidak kesampaian apabila berjaya ditahan di sebuah ladang kelapa sawit di Mongkos, dekat sini oleh Kumpulan Ronda Berkendera­an dari Batalion Kesebelas Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD).

Dalam kejadian kirakira jam 11 pagi kelmarin, anggota askar terbabit sedang melakukan rondaan di sekitar sempadan sebelum menemui tujuh lelaki warga asing dan seorang warga tempatan yang ketika itu menunggang motosikal.

“Mereka ketika ditemui sedang cuba menyeberan­gi parit di lorong tikus di ladang sawit terbabit.

“Hasil pemeriksaa­n, kesemuaPTI­yangberumu­r18 hingga 30 tahun itu berasal dari Kampung Sungai Beruang, Indonesia sementara seorang lagi merupakan warganegar­a Malaysia berusia 37 tahun.

“Mereka dipercayai menyelinap masuk ke negara ini bertujuan untuk bekerja di Kampung Tong Nibong, Serian,” kata Panglima Tiga Briged, Brigedier Jeneral Mohd Bustaman Mat Zin dalam satu kenyataan di sini pada Khamis.

Tambahnya, lokasi penahanan dibuat ialah kirakira 100 meter ke sempadan Malaysia-Indonesia.

“Lelaki warga tempatan terbabit yang juga berasal dari Kampung Tong Nibong ditahan kerana bersubahat membawa masuk PTI ke negara ini. Hasil siasatan, seorang PTI terbabit didapati dalang aktiviti membawa masuk PTI,” katanya.

Empat motosikal tanpa nombor pendaftara­n, satu tong gas dan tiga beg pakaian turut dirampas dan diserahkan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serian untuk tindakan lanjut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia