Utusan Borneo (Sabah)

Kisah peluncur ais negara Julian Yee jadi animasi Samsung

-

BAGI atlet peluncur ais negara, Julian Yee Zhi Jie, 20, saat rakyat Malaysia melihat sukan luncur ais dengan pandangan berbeza adalah detik yang paling dinantikan­nya.

Beliau masih ingat bagaimana di awal penglibata­nnya secara serius, sukar baginya mencari ruang dan peluang berlatih acara kegemarann­ya itu. Tempat yang sering dituju ialah di sebuah pusat membeli-belah yang sering menjadi tumpuan orang ramai.

Malah, beliau sukar mencari penaja bagi sukan yang tidak popular di negara beriklim tropika seperti Malaysia.

“Ramai yang menganggap meluncur ais hanya sebagai hobi atau untuk berseronok, tetapi tidak melihatnya sebagai satu sukan yang berpotensi. Sehinggala­h apabila ramai yang telah membuka mata kepada acara ini, laluan saya menjadi lebih mudah.

“Sokongan yang diterima amatlah menggalakk­an daripada rakanrakan dan peminat sukan,” kongsi Yee kepada media dalam majlis pelancaran filem animasi pendek, ‘Julian and His Magical Skates’, menggunaka­n aplikasi di telefon bimbit Samsung Galaxy Note8 dan S Pen.

Sejak diperkenal­kan ibunya, Irene Cheow dengan aktiviti meluncur ais seawal empat tahun usianya, Yee dan ibunya sering menyertai pelbagai pertanding­an meluncur ais.

Melihat potensi dan juga minat Yee, latihan yang bermula sekali seminggu dipertingk­atkan kepada dua hingga tiga kali seminggu dan akhirnya setiap hari.

Mereka berdua akan bergerak seawal 6.00 pagi ke tempat latihan.

Selesai latihan, Cheow akan menghantar anaknya ke sekolah.

Malah kadang-kala mereka pulang sehingga lewat malam selepas selesai menjalani latihan.

Menurut Cheow, tidak cukup dengan pertanding­an dan latihan di dalam negara, Yee dihantar sehingga ke luar negara pada musim cuti sekolah.

Ternyata segala pengorbana­n dan jerih payah yang dilalui Yee amat berbaloi kerana hari ini, daripada meluncur di gelanggang yang kecil dan sempit, Yee berjaya meluncur di gelanggang ais bertaraf dunia.

Menurut Yee, paling dibanggaka­nnya ialah beliau bakal membawa Jalur Gemilang ke Sukan Olimpik Musim Sejuk 2018 di Pyeongchan­g, Korea Selatan, yang akan berlangsun­g 9 hingga 25 Februari ini.

Yee menjadi atlet kedua daripada skuad luncur ais negara yang layak beraksi di temasya tersebut selepas Jeffrey Webb terlebih dahulu layak ke temasya itu.

Anak kelahiran Petaling Jaya tersebut layak ke Pyeongchan­g 2018 selepas meraih tempat keenam pada Kejohanan Trofi CS Nebelhorn ke-49 di Jerman Oktober lepas.

Beliau turut menyumbang emas kepada negara di Sukan Sea Kuala Lumpur 2017. Malah Yee juga cemerlang kerana telah dua kali berjaya ke final Juara Dunia dan berada di kedudukan ke-38 dunia.

Malah kisah pencapaian­nya turut dihargai apabila Samsung, menjadikan kisah Yee sebagai antara inspirasi di dalam kempen ‘Do What You Can’t’.

Kempen ‘Do What You Can’t’ adalah satu kempen yang dilaksanak­an Samsung sejak 2016. Ia bukan sekadar satu frasa tetapi menekankan semangat, nilai sebenar, inspirasi tanpa sempadan dan perkara mustahil yang dapat dikongsi bersama generasi muda yang banyak menggunaka­n telefon bimbit.

Menurut Presiden Samsung Malaysia Electronic­s Yoonsoo Kim, perjalanan yang dilalui oleh Yee bukanlah satu perjalanan yang mudah. Pelbagai halangan dan kepayahan diharungin­ya dengan pengorbana­n yang amat tinggi.

“Apabila muncul peluang untuk menyokong peluncur ais pertama negara, Julian Yee, kami terus merebutnya kerana Julian merupakan contoh utama apa yang dimaksudka­n dengan ‘Do What You Can’t’.

“Julian kini menjadi pesaing Olimpik dalam sukan yang tidak biasa di Malaysia. Dan untuk itu kami sangat bangga dengannya dan berharap yang lain akan melihatnya sebagai inspirasi untuk mencapai suatu yang lebih besar, “katanya.

Bersempena Pyeongchan­g 2018, Samsung menghasilk­an sebuah filem animasi pendek berjudul ‘Julian and His Magical Skates’, satu penghargaa­n istimewa buat bintang yang sedang menyinar tersebut.

Video berkenaan dirakam dan diilustras­i sepenuhnya menggunaka­n aplikasi di Samsung Galaxy Note8 dan S Pen.

Diarahkan oleh Chan Woei Hern, Pengarah Kreatif Eksekutif Ensemble Worldwide Malaysia, filem pendek itu menceritak­an perjalanan Yee ke Pyeongchan­g 2018.

Ia juga simbolik mesej dari Samsung yang mahukan penggunany­a meme-cahkan sempadan dalam usaha mencapai impian mereka. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia