Utusan Borneo (Sabah)

Cukupkan protin jika mahu badan ‘sado’

-

SETIAP orang impikan tubuh badan yang menarik agar lebih yakin. Lelaki ingin menjadi ‘sado’ dan kaum wanita pula ingin nampak langsing.

Bukan mudah untuk dapatkan tubuh badan yang ideal jika mental kita tidak kuat. Orang putih berkata “abs made in the kitchen” yang membawa maksud perut sixpacks berketul diperolehi melalui pemakanan yang betul dan training yang konsisten.

Dari segi pemakanan kita kena cukupkan makronutri­ents kita iaitu lemak, protein dan karbohidra­t. Lemak bermaksud lemak yang baik seperti kekacang dan yang perlu dielakkan ialah lemak manis dari gula dan makanan berminyak.

Banyak yang bertanya di media sosial bagaimana saya boleh kekalkan badan yang sado dan cergas? Untuk dapatkan otot yang padu kita kena cukupkan protein dalam tubuh badan kita setiap hari dan kita boleh dapatkan dari makanan yang mengandung­i protein tinggi seperti daging ayam, ikan ataupun telur.

Kesilapan yang sering dilakukan ketika ingin turunkan berat badan atau menaikkan otot ialah, mereka mengabaika­n karbohidra­t seperti nasi kerana takut perut buncit dan ini menyebabka­n badan kita lesu dan tidak bermaya seterusnya membuatkan kita putus asa untuk bersenam dan diet.

Nasi sebenarnya tidak membuatkan perut kita buncit selagi kita makan mengikut keperluan. Sebelum bersenam dan selepas bersenam, makan nasi untuk tenaga ketika bersenam selain berfungsi mengembali­kan glikogen dalam badan.

Untuk tahu lebih lagi mengenai fitness ikuti kim di media sosial Instagram : Kim_Azizd dan Facebook : Kim Azizd.

 ??  ?? KIM AZIZD
KIM AZIZD

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia