Utusan Borneo (Sabah)

Ambil iktibar proses kelulusan panjang sijil daftar lewat

- Oleh AMIR ANUAR

TAWAU: Ibu bapa dinasihatk­an jangan menangguhk­an pendaftara­n kelahiran anak di Jabatan Pendaftara­n Negara (JPN) sehingga melebihi tempoh 42 hari, untuk mengelak proses menunggu kelulusan permohonan Sijil Lahir Daftar Lewat yang panjang.

Pembantu Menteri Pembanguna­n Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat Datuk Hamisa Samat berkata, tanpa sijil lahir, masa hadapan anak akan menjadi ‘mangsa’.

“Hari ini kita lihat ramai ibu bapa yang menghadapi masalah apabila terpaksa menjalani proses panjang semasa memohon Sijil Lahir Daftar Lewat untuk anak-anak mereka.

“Adayangter­paksamenun­ggu sehingga bertahun-tahun, sedangkan jika didaftarka­n dalam tempoh 42 hari, hanya masa singkat diperlukan,” katanya di sini pada Jumaat.

Hamisa berkata demikian semasa mengulas pendedahan Pengarah JPN Sabah Datuk Ismail Ahmad bahawa status pasangan yang bernikah tanpa kebenaran jabatan agama menjadi isu terbesar yang mendorong ibu bapa lambat memohon sijil lahir anak mereka.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tanjung Batu berkata pasangan yang baharu bernikah juga perlu menjadikan masalah terbabit sebagai iktibar dan pengajaran.

“Kes-kes sebegini bukannya baharu, tetapi sudah lama malah berpuluh tahun dan sayangnya masa hadapan anakanak yang ‘dirugikan’ akibat tidak memiliki sijil lahir.

“Kita juga melihat bertahunta­hun

HAMISA memberikan layanan istimewa kepada tetamuteta­mu khasnya yang terdiri daripada warga emas di DUN Tanjung Batu.

sudah kes sebegini masih belum dapat diselesaik­an secara tuntas, dan selalu ada sahaja kes berulang dilaporkan yang berlaku,” katanya.

Menurutnya, setiap pasangan yang baharu bernikah juga diharap dapat mematuhi prosedur yang ditetapkan untuk mengelak sebarang masalah pada kemudian hari.

Mengulas lanjut, beliau juga menyedari bahawa situasi kes kelahiran anak lambat didaftarka­n di JPN turut berlaku melibatkan rakyat di DUN Tanjung Batu.

“Hari ini kita tidak boleh lagi menjadikan alasan berhadapan dengan masalah perhubunga­n atau jarak kerana jalan raya dan pengangkut­an sudah semakin bagus.

“Tempoh 42 hari yang ditetapkan JPN juga sebenarnya sudah cukup untuk kita menyediaka­n segala keperluan dan segera mendaftark­an kelahiran anak-anak,” katanya.

 ??  ?? WARGA emas DUN Tanjung Batu diraikan dalam Majlis Sentuhan Kasih Dewan Undangan Negeri Tanjung Batu, sempena sambutan Tahun Baharu Cina 2018, di salah satu hotel ternama di Tawau pada Jumaat.
WARGA emas DUN Tanjung Batu diraikan dalam Majlis Sentuhan Kasih Dewan Undangan Negeri Tanjung Batu, sempena sambutan Tahun Baharu Cina 2018, di salah satu hotel ternama di Tawau pada Jumaat.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia