Utusan Borneo (Sabah)

MANILA TIDAK TERLIBAT

Dalam kenyataan tuntutan ke atas Sabah, kata Anifah

- Oleh YAP SIONG HAN

KOTAKINABA­LU:Menteri LuarDatukS­eriAnifahA­man menjelaska­n Setiausaha Hal Ehwal Luar Filipina Alan Peter Schramm Cayetano telah menyatakan bahawa Manila tidak terlibat dalam kenyataan mengenai isu berkaitan tuntutan ke atas Sabah.

Katanya, beliau tidak membangkit­kan sebarang perkara berkaitan tuntutan ke atas Sabah ketika dalam Pemukiman Menteri Luar Asean di Singapura barubaru ini.

“Malaysia juga tidak pernah iktiraf sebarang tuntutan oleh mana-mana negara terhadap Sabah,” katanya kepada pemberita selepas Program Seranta dan Diplomasi Awam bersama masyarakat Cina Parlimen Kimanis, di sini pada malam Jumaat.

Beliau berkata, Cayetano telah menemuinya untuk menjelaska­n bahawa, “kerana politik, ada seseorang yang cuba mempromosi­kan dirinya”, dan Setiausaha Luar Filipina itu tidak menyebut sebarang nama.

“Beliau (Cayetano) berkata Malaysia dan Filipina menjalin hubungan dua hala yang baik, jadi kami tidak mahu satu kenyataan mengeruhka­n hubungan kami.

“Saya hanya mengucapka­n terima kasih dan kami sangat menghargai penjelasan itu,” katanya.

Bulan lepas, anggota Jawatankua­sa Perundinga­n Filipina, Aquilino Pimentel Jr, yang dilantik untuk mengkaji Perlembaga­an Filipina 1987 berkata, beliau akan mencadangk­an kemasukan Sabah dalam Filipina sebagai sebahagian daripada peralihan negara itu ke sistem kerajaan persekutua­n.

Anifah berkata butiran mengenai hak-hak Sabah dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) sedang dibincangk­an dengan Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali.

“Terdapat perbincang­an mengenai beberapa butiran dan kami merujuk mengenai hasil yang boleh dicapai.

“Ia adalah proses yang berterusan...tetapi ia amat menggalakk­an (dengan Peguam Negara), jadi saya meminta supaya kita dapat mengemukak­an sesuatu kepada Perdana Menteri dan Kabinet menjelang akhir bulan ini,” katanya.

 ??  ?? ANIFAH (empat kanan) merakamkan gambar kenangan bersama sebahagian yang hadir di majlis itu.
ANIFAH (empat kanan) merakamkan gambar kenangan bersama sebahagian yang hadir di majlis itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia