Utusan Borneo (Sabah)

Bekalan barangan keperluan sempena Tahun Baharu Cina mencukupi

- Oleh SURAIDAH ROSLAN

PENAMPANG: Menteri Pembanguna­n Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Jainab Ahmad Ayid memberi jaminan barangan keperluan sempena musim perayaan Tahun Baharu Cina di negeri ini mencukupi.

Beliau berkata, barangan yang tersenarai sebagai barangan harga terkawal memang cukup dan tiada sebarang masalah dari segi bekalan.

Malah, Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri, Koperasi & Kepengguna­an (KPDNKK) sudah mengadakan mesyuarat dengan pembekal-pembekal dan mereka menyatakan bekalan memang mencukupi.

Oleh itu, sekiranya orang ramai mendapati terdapat kekurangan bekalan mahupun kenaikan harga untuk barangan kawalan, orang ramai harus melaporkan segera perkara itu kepada KPDNKK untuk tindakan selanjutny­a.

Jainab berkata demikian Majlis Pelancaran Skim Kawalan Harga Musim Perayaan Tahun Baharu Cina 2018, di Pasaraya CKS Donggongon, di sini pada Sabtu.

Ditanya tentang keluhan orang ramai tentang harga daging khinzir yang melonjak naik berikutan kekurangan bekalan semasa perayaan Tahun Baharu Cina, Ketua Pegawai Penguatkua­sa KPDNKK cawangan Sabah Yahya Sujak memaklumka­n, memandangk­an bekalan daging itu mencukupi maka, tidak seharusnya timbul soal kenaikan harga daging berkenaan.

Harga jualan daging khinzir tidak boleh lebih daripada harga yang telah ditetapkan sepanjang tempoh skim kawalan berkenaan berkuatkua­sa.

“Sebelum harga kawalan ditetapkan, kita sudah mengadakan mesyuarat dengan penternak dan jabatan berkaitan. Mereka mengakui bekalan daging khinzir memang mencukupi,” katanya.

Berkaitan dengan Program Jualan Sentuhan Rakyat, Jainab berkata, program yang menjual barangan keperluan harian pada harga yang lebih rendah dari pasaran ini akan turut dilaksanak­an di Sabah.

Program sebegini dilihat membantu meringanka­n bebanan masyarakat yang berdepan dengan kos sara hidup yang semakin tinggi.

Katanya, program yang dilaksana dengan kerjasama KPDNKK dan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutua­n (Fama) itu akan diadakan setiap satu atau dua minggu di kawasan perumahan yang dikenalpas­ti.

Dalam pelancaran itu, Jainab mengumumka­n 12 barangan tersenarai sebagai barangan harga terkawal sempena Tahun Baharu Cina dan ia berkuatkua­sa pada 10 sehingga 21 Februari.

 ??  ?? YAHYA (kanan) memberi makluman kepada Jainab (dua kanan) tentang minyak paket yang termasuk dalam barangan kawalan KPDNKK. Turut kelihatan Penolong Pengurus Pasaraya CKS Donggongon Henry Chong (tiga kanan).
YAHYA (kanan) memberi makluman kepada Jainab (dua kanan) tentang minyak paket yang termasuk dalam barangan kawalan KPDNKK. Turut kelihatan Penolong Pengurus Pasaraya CKS Donggongon Henry Chong (tiga kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia