Utusan Borneo (Sabah)

LIGS prihatin nasib pekebun

Harga getah rendah di pasaran antarabang­sa akibat pertumbuha­n ekonomi lembab

- Oleh JOHAN AZIZ KURUP menyampaik­an bantuan kepada salah seorang pekebun kecil dari kawasan Parlimen Pensiangan. Turut kelihatan Harris (tiga kiri) dan Virus (kiri).

KENINGAU: Pengurus Besar Lembaga Industri Getah Sabah (LIGS) Datuk Harris Mathews berkata, salah satu daripada isu utama adalah berkaitan dengan kejatuhan harga getah yang mana membuatkan ramai pekebun kecil merasa tidak berpuashat­i.

Katanya, di dalam menangani isu tersebut, LIGS sangat prihatin terhadap keadaan harga getah yang rendah pada masa ini dan impaknya terhadap pendapatan para pekebun kecil getah serta penoreh getah.

“Walau bagaimanap­un, harga getah yang rendah di pasaran antarabang­sa adalah akibat daripada pertumbuha­n ekonomi dunia yang lembab.

“Harga getah antarabang­sa gred SMR20 telah jatuh daripada RM9.57 sekilogram pada bulan Januari 2017 kepada RM5.80 sekilogram pada bulan Disember 2017.

“Pada hari ini pula, ianya terus berada di tahap rendah kepada kepada RM5.73 sekilogram,” katanya semasa berucap di majlis perasmian Bantuan Musim Tengkujuh (BTM) kepada pekebunpek­ebun kecil kawasan Parlimen Pensiangan di Dewan Masyarakat Sook, di sini pada Jumaat.

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri dan Ahli Parlimen Pensiangan, Tan Sri Joseph Kurup telah merasmikan majlis itu.

Bagi mengurangk­an impak kejatuhan harga getah terhadap pendapatan para pekebun kecil getah katanya, kerajaan telah melaksanak­an dua inisiatif utama iaitu dengan memperkena­lkan Insentif Pengeluara­n Getah (IPG) dan Bantuan Musim Tengkujuh ( BMT).

Harris berkata, IPG mula diperkenal­kan pada tahun 2015 dan dibayar kepada para pekebun kecil bilamana purata bulanan harga getah kentalan gred 2 di peringkat ladang berada di bawah paras harga lantai RM2.20 sekilogram.

Secara ringkasnya beliau menjelaska­n bahawa IPG adalah perbezaan di antara harga lantai yang telah ditetapkan dengan purata bulanan harga getah sebenar dan hanya akan dibayar kepada pekebun kecil getah yang berdaftar dengan LIGS.

Katanya, BMT pula adalah bantuan yang diberikan kepada para pekebun kecil getah yang layak untuk meringanka­n bebanan kewangan mereka kesan daripada tibanya musim tengkujuh.

Bantuan yang diberikan adalah berupa wang tunai sebanyak RM200 sebulan yang dibayar untuk tiga bulan iaitu pada bulan November 2017, Disember 2017 dan Januari 2018.

Harris berkata, pada hari ini juga seramai 200 pekebun kecil akan menerima bantuan mereka dan yang belum menerima BMT boleh mendapatka­nnya di kaunter LIGS yang akan dibuka sempena dengan majlis itu.

“Saya juga ingin menyampaik­an berita gembira bahawa Kerajaan Pusat akan meneruskan pemberian BMT pada bulan November dan Disember tahun ini serta bulan Januari 2019. Di mana seramai 1,723 pekebun kecil di daerah Nabawan dan 7,173 di daerah Keningau termasuk Sook akan menerima BMT yang mana melibatkan perbelanja­an sebanyak RM5.4 juta.

“Saya ingin menarik perhatian berkaitan dengan perbezaan harga getah di peringkat ladang di Sabah berbanding di Semenanjun­g Malaysia.

“Perbezaan harga adalah disebabkan oleh ketiadaan kapal-kapal induk dari luar negara yang datang ke pelabuhan Sabah dengan jadual yang tetap mengakibat­kan, semua getah yang telah diproses di Sabah ini perlu dihantar ke Pelabuhan Klang di Semenanjun­g atau Singapura sebelum dihantar kepada pembeli luar negara.

“Kedudukan negeri Sabah yang terletak dalam lingkungan 1,900 km lebih jauh dari Semenanjun­g atau Singapura juga melibatkan tambahan kos penghantar­an yang menyebabka­n pengekspor­t di Sabah terpaksa menanggung kos tambang perkapalan tambahan berbanding dengan kilang kilang yang terletak di Semenanjun­g,” katanya.

Selain itu katanya, kos memproses getah di Sabah adalah jauh lebih tinggi daripada di Semenanjun­g disebabkan bahan-bahan pembungkus­an, alat-alat ganti jentera kilang, bahan kimia dan mesin pemprosesa­n perlu diimport dari Semenanjun­g yang mana melibatkan kos tambang penghantar­an tambahan yang secara langsung menjadikan harga barangan lebih tinggi.

Tambahan lagi, katanya, harga bahanapi ataupun minyak diesel perindustr­ian (industrial diesel) dan harga gas asli (natural gas) yang diperlukan untuk pengeringa­n getah semasa diproses adalah lebih tinggi di Sabah berbanding dengan harga di Semenanjun­g.

Di mana, kos tambahan ini adalah lebih kurang RM0.50 se kilogram bagi setiap 1 kilogram getah yang diproses dan dieksport dari Sabah.

Harris meminta para pekebun kecil berterima kasih kepada Ketua Menteri yang begitu amat prihatin terhadap masalah yang dihadapi oleh para pekebun kecil getah di negeri Sabah. Di mana, Kerajaan Negeri telah meluluskan peruntukan sebanyak RM24.0 juta untuk menampung kos tambahan.

Katanya, ini bermakna, dengan peruntukan yang disalurkan melalui LIGS tersebut, para pekebun kecil akan mendapat harga getah tambahan sebanyak 60 sen se kilogram bagi getah 100% Kandungan Getah Kering yang dijual kepada LIGS mulai 1 Januari 2018.

Menurut beliau, harga getah tambahan ditetapkan iaitu; Lateks RM0.60, Getah Kepingan (USS) Gred 1 (RM0.38), Getah Kepingan (USS) Gred 2 (RM0.32), Kentalan (Cuplump) Gred 1 (RM0.36) dan Kentalan (Cuplump) Gred 2 RM0.30

“LIGS akan terus membantu para pekebun kecil untuk melaksanak­an tanam semula dan tanam baru getah dengan memberikan subsidi sebanyak RM14,000 se hektar dan sehingga kini, LIGS telah menanam seluas 2,028 hektar dengan peruntukan daripada kerajaan sebanyak RM24.0 juta di daerah Nabawan dan 2,192 hektar dengan perbelanja­an RM24.3 juta di daerah Keningau iaitu di bawah program NKEA getah sejak tahun 2012 hingga tahun 2017.

“Secara keseluruha­n, terdapat seluas 13,342 hektar kawasan tanaman getah di kedua-dua daerah ini dengan perbelanja­an sebanyak RM95,991 secara purata setiap hari untuk membeli getah.

“LIGS memiliki sebuah unit semaian terletak di Pamalan Keningau yang menghasilk­an sebanyak 233,260 pokok bibit getah dengan pulangan sebanyak RM1.2 juta setahun,” katanya.

Disamping itu, katanya, LIGS juga telah membangunk­an sebuah Skim Penempatan Getah di Tulid Keningau yang telah berjaya membantu seramai 26 peneroka untuk memiliki lot tanah seluas 10 ekar berserta sebuah rumah bagi setiap keluarga yang bertujuan untuk memberikan kehidupan yang selesa.

Menurut beliau, di daerah Nabawan dan Keningau termasuk Sook, LIGS telah menempatka­n seramai 117 kakitangan yang senantiasa bersedia untuk memberikan perkhidmat­an terbaik kepada para pekebun kecil getah.

Hadir sama pada majlis itu Penolong Pegawai Daerah Sook, Virus Malitam, Timbalan Presiden Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Arthur Joseph Kurup, Pemimpin Pembanguna­n Masyararak­at Nabawan, Jubilin Kilan, Pegawai Perhubunga­n Parlimen Pensiangan, Rayner Udong, Pegawai-pegawai kerajaan dan pemimpin-pemimpin masyarakat.

“Saya juga ingin menyampaik­an berita gembira bahawa Kerajaan Pusat akan meneruskan pemberian BMT pada bulan November dan Disember tahun ini serta bulan Januari 2019. Di mana seramai 1,723 pekebun kecil di daerah Nabawan dan 7,173 di daerah Keningau termasuk Sook akan menerima BMT yang mana melibatkan perbelanja­an sebanyak RM5.4 juta.

DATUK HARRIS MATHEWS Pengurus Besar Lembaga Industri Getah Sabah (LIGS)

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia