Utusan Borneo (Sabah)

Kerajaan komited bela nasib rakyat

Dalam bidang pendidikan, perniagaan, kemahiran, alam sekitar dan sebagainya

- Oleh NOORASVILL­A MUHAMMA

SANDAKAN: Kerajaan melalui Kumpulan Yayasan Sabah sentiasa komited membantu dan membela nasib rakyat dalam pelbagai bidang.

Ketua Menteri yang juga Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Sabah Tan Sri Musa Haji Aman berkata, ia termasuk membangunk­an rakyat dalam bidang pendidikan, perniagaan, kemahiran, alam sekitar dan sebagainya.

Katanya, sebagai contoh, Pusat Kraftangan yang dibuka di Keningau akan dapat memberi latihan kepada anakanak bukan sahaja dari daerah pedalaman tetapi juga dari seluruh negeri.

“Ini adalah antara usaha kita menerusi Yayasan Sabah untuk membantu anakanak dan juga rakyat Sabah.

“Ia bagi memastikan negeri kita terus maju dan anak-anak juga memiliki taraf pendidikan yang tinggi,” katanya ketika berucap merasmikan Jerayawara Yayasan Sabah Bersama Rakyat di Dewan Serbaguna Libaran di sini pada Sabtu.

Musa berkata, menerusi jerayawara itu juga, Yayasan Sabah turut membawa agensi-agensi yang menawarkan temuduga terbuka selain sesi Taklimat Kerjaya Sabah Internatio­nal Convention Centre yang disampaika­n oleh sebuah organisasi terunggul dalam industri hospitalit­i, Accor Group.

“Dan kepada anak-anak, saya nasihatkan jangan memilih kerja sebaliknya berusaha bersungguh­sungguh agar berjaya dalam kerjaya,” jelasnya.

Sementara itu, Pengarah Yayasan Sabah Datuk Sapawi Haji Ahmad berkata, kumpulan itu telah mempelbaga­ikan usahanya daripada bergantung pada sumber balak dengan menceburi bidangbida­ng perniagaan lain demi membawa perubahan positif serta pembanguna­n mapan untuk rakyat dan negeri.

Katanya, atas nasihat dan dorongan Tan Sri Musa, usaha itu membuahkan hasil yang baik kerana Kumpulan Yayasan Sabah kini lebih kukuh dengan portfolio perniagaan yang lebih luas dan menunjukka­n prestasi cemerlang dari setahun ke setahun.

“Sebagai contoh, Pusat Kraftangan yang dibuka di Keningau akan dapat memberi latihan kepada anak-anak bukan sahaja dari daerah pedalaman tetapi juga dari seluruh negeri.” TAN SRI MUSA HAJI AMAN Ketua Menteri

“Pada tahun lepas sahaja, sebanyak 13 anak syarikat dan syarikat bersekutu telah menyampaik­an RM232.5 juta dividen kepada pemegang saham iaitu Kumpulan Yayasan Sabah melalui Innoprise Corporatio­n Sdn Bhd bagi tahun 2016 dan 2017.

“Melalui penglibata­n dalam pelbagai sektor dan keuntungan yang diperoleh, Kumpulan Yayasan Sabah terus giat berusaha dalam menjalanka­n program-program bagi meningkatk­an kualiti kehidupan rakyat Malaysia di negeri ini,” katanya.

Mengulas lanjut, beliau berkata walaupun giat dalam pelbagai sektor, Kumpulan Yayasan Sabah komited dalam usaha konservasi merupakan salah satu peneraju pengurusan hutan mapan di negeri ini.

Katanya, dengan kawasan konsesi hutan seluas lebih 1 juta hektar, Kumpulan Yayasan Sabah memperuntu­k lima kawasan konservasi sebagai warisan untuk generasi akan datang.

“Kawasan ini termasuk Lembangan Maliau, Lembah Danum, Imbak Kanyon, Sungai Taliwas dan pesisiran Pantai Silam. Melalui usaha ini, secara tidak langsung Kumpulan Yayasan Sabah menyumbang kepada Totally Protected Areas (TPA) di negeri ini,” katanya.

Objektif program jerayawara itu adalah bagi menyampaik­an maklumat kepada masyarakat mengenai peluang kerjaya yang wujud menerusi pelaksanaa­n pelbagai jenis program; memberi pendedahan kepada masyarakat setempat mengenai peluangpel­uang dalam bidang keusahawan­an; memberi ruang kepada pemimpin untuk berinterak­si dengan masyarakat setempat; mengukuhka­n perpaduan dikalangan rakyat menerusi pelaksanaa­n pelbagai jenis program secara bersepadu; menyampaik­an maklumat berkaitan rancangan pembanguna­n kerajaan kepada rakyat; serta mengukuhka­n kerjasama diantara jabatan dan agensi kerajaan negeri dan persekutua­n.

Antara aktiviti yang diadakan termasuk temuduga terbuka kendalian Jabatan Tenaga Kerja, pameran keusahawan­an oleh Teraju dan pameran oleh agensi-agensi seperti Mara, AIM, Yayasan Usaha Maju serta agensi kerajaan dan badan bukan kerajaan.

Turut diadakan, Taklimat Kerjaya Sabah Internatio­nal Convention Centre.

Hadir sama, Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah Tan Sri Sukarti Wakiman, Setiausaha Persekutua­n Negeri Sabah Datuk Nor Rizan Mohd Thani, Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri Datuk Zakaria Haji Mohd Edris serta Presiden MPS Datuk James Wong.

 ??  ?? MUSA menyempurn­akan simbolik perasmian Jerayawara Yayasan Sabah Bersama Rakyat.
MUSA menyempurn­akan simbolik perasmian Jerayawara Yayasan Sabah Bersama Rakyat.
 ??  ?? MUSA bersama tetamu khas lain pada program Jerayawara Yayasan Sabah Bersama Rakyat.
MUSA bersama tetamu khas lain pada program Jerayawara Yayasan Sabah Bersama Rakyat.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia