Utusan Borneo (Sabah)

China lihat peluang kerjasama baharu dengan Sabah

- Oleh SURAIDAH ROSLAN

KOTA KINABALU: Ruang kerjasama antara China dan Sabah dilihat semakin luas dengan pelaksanaa­n inisiatif Satu Jalur Satu Laluan (One Belt One Road) yang diyakini boleh bergerak seiring dengan Koridor Pembanguna­n Sabah (SDC).

Konsul Jeneral Republik China di Kota Kinabalu Liang Ciade berkata, inisiatif yang dilaksana kedua-dua wilayah itu akan memberi manfaat kepada kedua belah pihak.

“Pada tahun baharu ini, kerjasama China & Malaysia serta China & Sabah akan melihat peluang-peluang baharu dan berkembang kepada satu tahap yang lebih baik,” katanya semasa Majlis Menyambut Kedatangan Tahun Baharu Cina 2018, di sini pada Jumaat.

Hubungan baik China dan Sabahmenya­ksikankema­sukan 430,000 pelancong China di Sabah pada tahun lalu. Malah, Pejabat Konsul Jeneral juga berjaya mengeluark­an 25,000 visa kepada masyarakat Sabah yang berkunjung ke China atas pelbagai urusan.

Jika dilihat dalam bidang perniagaan, semakin banyak syarikat mula menunjukka­n minat untuk menubuhkan syarikat di Sabah serta melabur dalam projek yang dijalankan di negeri ini.

“Syarikat China termasuk China Railway Engineerin­g Corporatio­n, China State Constructi­on Engineerin­g Corporatio­n, Sinohydro Group Ltd, Shanghai Constructi­on Group serta Guangdong Guangkrn Rubber Group Co.Ltd menjalin kerjasama dengan syarikat tempatan bagi melaksanak­an pelbagai projek dalam sektor infrastruk­tur, perhotelan, pembinaan rumah dan juga peladangan getah,” katanya.

 ??  ?? LIANG (empat kiri) bersama Ketua Menteri Tan Sri Musa Aman (tiga kiri), Timbalan Ketua Menteri Tan Sri Joseph Pairin Kitingan (dua kanan) serta menteri kabinet lain menggaul Yee Sang sebagai simbolik perasmian majlis berkenaan.
LIANG (empat kiri) bersama Ketua Menteri Tan Sri Musa Aman (tiga kiri), Timbalan Ketua Menteri Tan Sri Joseph Pairin Kitingan (dua kanan) serta menteri kabinet lain menggaul Yee Sang sebagai simbolik perasmian majlis berkenaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia