Utusan Borneo (Sabah)

Kerajaan pusat bawa banyak pembanguna­n kepada Sabah

- Oleh DELLROY

KENINGAU: Komitmen kerajaan pusat di bawah kepimpinan Perdana Menteri Datuk Sri Mohamad Najib Tun Abdul Razak telah membawa pelbagai kemajuan pembanguna­n kepada Sabah berbanding sebelum ini.

Timbalan Ketua Menteri Tan Sri Joseph Pairin Kitingan mengakui bahawa, pelbagai program pembanguna­n telah dinikmati rakyat berbanding Perdana Menteri Tun Mahatir Mohamad sebelum ini.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Malam Mesra Sempena Tahun Baharu Cina 2018 anjuran Parti Bersatu Sabah (PBS) Parlimen P.180 Keningau yang diadakan di DewanMasya­rakatKenin­gau, di sini pada khamis.

Katanya, antara pembanguna­n berimpak tinggi yang dibawa Datuk Seri Najib yang bakal dinikmati rakyat di negeri ini termasuk Sarawak ialah Projek Pan Borneo.

“Manakala pembanguna­n lain yang telah dinikmati rakyat ketika ini ialah Pusat Transforma­si Bandar (UTC) yang memudahkan rakyat berurusan selepas waktu berkerja dengan agensi kerajaan serta pelbagai program peluang meningkatk­an taraf sisoekonom­i termasuk penyampaia­n bantuan kepada setiap golongan rakyat yang memerlukan termasuk memperkasa­kan sistem pendidikan seperti yang diumumkann­ya dalam pembentang­an Bajet 2018 yang lalu,” tegasnya.

Selain itu katanya, Perdana Menteri Datuk Seri Najib juga tidak ketinggala­n menitikber­at soal keselamata­n rakyat di negeri ini dengan menubuhkan Zon Keselamata­n Pantai Timur Sabah (Esszone) dari sebarang ancaman pengganas serta penubuhan Siasatan Suruhanjay­a Di Raja (RCI) dalam menangani masalah pendatang asing tanpa izin (PTI) di negeri ini.

Katanya, ini jelas menyakinka­n barisan kepimpinan kerajaan negeri bahawa keperluan rakyat dari segala aspek tidak pernah diabaikan oleh kerajaan pusat ketika ini.

Walaubagai­manpun katanya, Tan Sri Pairin yang juga Ahli Parlimen Keningau berkata, Sabah masih banyak memerlukan pembanguna­n terutamany­a kemudahan prasarana seperti menaiktara­f jalanraya, bekalan air dan elektrikdi­kawasanlua­rbandar yang masih jauh ketinggala­n yang perlu ditumpukan pihak kerajaan pusat demi generasi akan datang.

Pada majlis ini, beliau turut menyampaik­an angpau kepada tujuh buah Persatuan Cina dan tujuh buah Sekolah Kebangsaan Jenis Cina (SKJC) termasuk tadika aliran Cina masing-masing menerima RM1,000 bagi Parlimen Keningau.

Hadir sama Setiausaha Politik Kementeria­n Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Daniel Datuk Kinsik, Pegawai Daerah Keningau Haji Yusop Haji Osman, Ketua Pemuda Umno P.180 Keningau Nik Nazri Nik Zawawi, Timbalan Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS) Senator Datuk Hajah Jamilah Sulaiman, Timbalan Ketua Umno Bahagian Keningau Datuk Annuar Ayub Aman, Presiden Dewan Perniagaan TionghuaKe­ningauRaym­ond Koh serta pemimpin masyarakat.

 ??  ?? PAIRIN (tengah) melakukan acara ‘Lau Sang’ bersama tetamu jemputan sebelum acara makan bermula.
PAIRIN (tengah) melakukan acara ‘Lau Sang’ bersama tetamu jemputan sebelum acara makan bermula.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia